Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada rancangan bina kasino, Berjaya minta Bloomberg turunkan laporan

    Tiada rancangan bina kasino, Berjaya minta Bloomberg turunkan laporan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) menafikan rancangan untuk membuka kasino di projek mega Forest City sepertimana dilaporkan agensi berita antarabangsa Bloomberg, dua hari lalu.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Berjaya meminta Bloomberg dan The Edge Singapore, yang melaporkan perkara itu memadam sebarang “maklumat tidak tepat” yang memberi gambaran salah mengenai pertemuan syarikat itu dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi memulihkan projek mega berbilion ringgit itu.

    “Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa Vincent Tan Chee Yiounn (Pengerusi Kumpulan Berjaya) tidak terlibat dalam sebarang perbincangan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dikemukakan dalam artikel itu,” katanya.

    Berjaya juga berkata pihaknya sedang mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua organisasi media itu, selain meminta dihentikan penyebaran laporan berkenaan.

    “Kami percaya pihak yang bertanggungjawab akan memahami kebimbangan kami dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelasnya.

    Dua hari lalu, sumber memberitahu Bloomberg bahawa Anwar bertemu dua taikun terkemuka iaitu Tan dan Lim Kok Thay dari Genting, manakala wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

    Bagaimanapun, laporan itu menyebut rancangan itu masih dalam peringkat “awal” dan tidak jelas mengenai pendirian kerajaan untuk membina sebuah lagi kasino selepas Genting Highlands.

    Semalam, Anwar menafikan kerajaan ada rancangan untuk membuka kasino dan menyifatkan laporan itu sebagai “pembohongan” terang-terangan.

    Genting memegang lesen kasino tunggal Malaysia sejak 1969 dan mengendalikan satu-satunya kasino di Genting Highlands.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts