Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada rancangan tutup jalan, kerah FRU untuk elak himpunan

    Tiada rancangan tutup jalan, kerah FRU untuk elak himpunan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis tidak merancang untuk melakukan penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur susulan penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, esok yang dijadualkan petang esok.
    Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya telah membuat persiapan sewajarnya bagi memastikan keamanan dan keselamatan semasa perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di Kampung Baru itu.
    Ini termasuk mengerahkan pegawai bagi memantau perhimpunan itu dan bersiap sedia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. “Kita telah pun membuat persiapan yang sewajarnya. Jangkaan kehadiran tak dapat dipastikan lagi. Aliran lalu lintas adalah seperti biasa,” katanya ringkas dalam mesej teks.
    Allaudeen mengulas soalan Malaysiakini yang ingin tahu mengenai persiapan polis, termasuk jika pihak berkuasa merancang untuk membuat sekatan jalan raya di sekitar pusat bandar untuk menghalang penunjuk perasaan.
    Agensi penguatkuasaan undang-undang itu pernah menggunakan taktik seumpama itu untuk menghalang perhimpunan pada masa lalu, termasuk bantahan #TangkapAzamBaki tahun lalu apabila polis menutup enam jalan utama dan stesen terpilih merentasi semua landasan kereta api menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.
    Mengenai soalan sama ada polis akan menempatkan pasukan anti-rusuhan, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sebagai langkah bersiap sedia atau tidak, Allaudeen menolaknya. “(Hanya) penugasan biasa trafik dan balai polis,” katanya.
    Malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata beberapa penganjur telah memaklumkan kepada polis mengenai rancangan perhimpunan mereka, tetapi tiada satu pun notis berkenaan mematuhi keperluan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
    Perhimpunan esok adalah anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) sebagai membantah keputusan Jabatan Peguam Negara menarik balik kes terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ketika kes prima facie telah pun berjaya diwujudkan di mahkamah.
    Matlamat utamanya adalah untuk mendesak supaya presiden Umno itu didakwa semula di mahkamah.
    Sebelum ini, penganjur berkata perhimpunan itu akan diadakan di luar pusat membeli-belah Sogo sebelum memaklumkan mereka terbuka untuk memindahkan perhimpunan ke jalan di hadapan Yayasan Selangor di Bukit Bintang jika tempat asal di hadapan Sogo tidak sesuai.
    Semalam, sekretariat gerakan Selamatkan Malaysia berkata tempat perhimpunan baru adalah di sekitar Kampung Baru, yang merupakan antara pentas utama protes reformasi lebih dua dekad lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts