Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada sambutan rasmi ambang tahun baru di N Sembilan - MB

    Tiada sambutan rasmi ambang tahun baru di N Sembilan – MB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan menganjurkan sebarang acara rasmi bagi sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dan menghormati mangsa banjir di beberapa Negeri.

    Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ini kerana suasana semasa pada hari ini menuntut untuk semua pihak sentiasa cakna terhadap situasi semasa sama ada dalam negara dan dunia.

    “Ketiadaan program tersebut bukanlah bersifat menyekat sebarang aktiviti sambutan tahun baharu tetapi kerajaan Negeri mahu penglibatan rakyat Negeri ini untuk bersama-sama bersolidariti terhadap nasib umat Islam di Gaza dan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

    “Semoga tahun baharu 2024 ini akan memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan di Seremban hari ini.

    Bagaimanapun, beliau berkata program yang telah dirancang sempena akhir 2023 boleh dijalankan oleh pihak penganjur lain dengan menjaga sensitiviti semasa dan memenuhi tatasusila yang ditetapkan.

    Dua hari lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang peranancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas secara kejam oleh Israel selain menghormati mangsa banjir di beberapa Negeri.

    Sementara itu, Aminuddin berkata meskipun Negeri ini tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 di unit rawatan rapi namun masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati apabila berada di tempat yang sesak dan peka terhadap penularan wabak itu.

    Selain itu, beliau berkata rakyat juga diminta untuk sentiasa berjaga-jaga akan situasi cuaca yang tidak menentu di beberapa tempat di Negeri ini yang boleh mengakibatkan banjir atau banjir kilat.

    ALSO READ:  Kes pemerasan: 2 anggota polis dilepaskan dengan jaminan polis

    “Sekiranya terdapat amaran berkenaan banjir di kawasan anda, sila patuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diutamakan selain perlu sentiasa peka akan situasi itu dari semasa ke semasa,” katanya.

    Belaiu berkata kerajaan Negeri sentiasa menerima maklumat semasa dari agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan keadaan di Negeri Sembilan sentiasa terkawal.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts