Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada tempoh bulan madu untuk anggota kabinet - PM

    Tiada tempoh bulan madu untuk anggota kabinet – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua anggota kabinet termasuk yang baru dilantik bahawa tidak ada tempoh untuk berbulan madu, sebaliknya mereka perlu terus menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.

    Beliau berkata anggota kabinet dan kerajaan juga dituntut untuk menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran negara.

    Anwar berkata perkara itu antara yang disampaikan beliau dalam mesyuarat pertama Kabinet baru Jemaah Menteri pagi tadi.

    “Dalam mesyuarat ini saya tekankan tentang bidang tugas baru setiap kementerian masing-masing. Mesyuarat juga mengutus penghargaan buat mantan Menteri sumber Manusia V Sivakumar atas sumbangan yang telah diberikan.

    “Saya turut titip pesan agar tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita dan nurani rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

    Mesyuarat itu turut dihadiri ahli-ahli Jemaah Menteri yang baru iaitu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

    Semalam Anwar mengumumkan rombakan kabinet, yang menyaksikan pelantikan lima muka baru bagi jawatan Menteri dan timbalan Menteri.

    Rombakan Kabinet dan penyusunan semula kementerian melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

    Kementerian Komunikasi dan Digital pula diasingkan masing-masing kepada Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi.

    Rombakan itu menyaksikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala timbalan Menteri bertambah daripada 27 kepada 29, sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.

    ALSO READ:  Suspek lepas tembakan di KLIA diberkas di Kota Bharu

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts