Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada tindakan ke atas Pua berhubung sindiran hukuman Najib - DAP

    Tiada tindakan ke atas Pua berhubung sindiran hukuman Najib – DAP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua berhubung kenyataannya mengenai keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara ke atas bekas perdana Menteri Najib Razak.

    Sambil berseloroh, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Pua tidak akan mengendahkan sekalipun diarah memohon maaf berhubung isu itu.

    “Adakah Tony Pua akan meminta maaf jika diarahkan oleh Anthony Loke? Dia tidak akan; dia tidak perlukan DAP untuk cari makan hari ini, dia juga bukan ahli parlimen.

    “Daripada apa yang saya tahu tentang dirinya, perwatakannya, dia pasti tidak akan berbuat demikian,” kata Loke ketika temu bual eksklusif dengan akhbar Sin Chew Daily semalam.

    Loke, yang juga Menteri pengangkutan menambah, DAP tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Pua kerana dia tidak melanggar disiplin parti, dan akan membiarkan polis mengendalikan siasatan itu.

    Pada Isnin lalu, Bukit Aman menyoal siasat Pua selama lebih sejam berhubung catatan di Facebook yang mengulas hukuman dan pengurangan denda ke atas Najib.

    Polis kemudiannya merampas komputer ribanya untuk memudahkan siasatan.

    Menurut Bukit Aman, kenyataan Pua itu berbaur hasutan kerana mengkritik kuasa Yang di-Pertuan Agong yang memberikan pengampunan dan menghasut orang lain supaya membenci institusi diraja.

    Mengulas lanjut, Loke berkata dia mengiktiraf sumbangan Pua kepada DAP parti dan sumbangannya membongkar serta mendedahkan skandal 1MDB, tetapi berkata “bukan hanya dia seorang.”

    Katanya, Pua tidak sepatutnya menyindir ketika mengulas pengurangan hukuman yang diberikan kepada Najib, meskipun pemimpin DAP itu amat tidak bersetuju.

    “Saya tahu dia memang telah habiskan banyak masa dan usaha untuk mendedahkan isu 1MDB, dan saya boleh fahami perasaan peribadinya, tetapi dari sudut parti, perlu ada cara bersuara berbeza.

    ALSO READ:  Mozambique election winner faces tough financial squeeze

    “Hari ini, dalam kerajaan perpaduan, kamu boleh nyatakan pendirian dengan cara terbuka, positif, tetapi dia pilih untuk menyindir,” kata Loke.

    Dengan DAP sebagai sekutu Umno dalam kerajaan campuran, tidak ada keperluan untuk kenyataan konfrontatif, tambahnya.

    “Jika setiap kali kita terpaksa (berada) dalam ketegangan dan bertentangan, bagaimana kerajaan ini boleh berfungsi?”

    Antara yang lantang memihak kepada Pua susulan tercetusnya isu itu ialah bekas ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, yang mengingatkan para pemimpin DAP agar tidak melupakan skandal 1MDB.

    Mengulas perkara itu. Loke berkata bahawa kenyataan Ong adalah “nonsense” (mengarut), kerana alasan terbesar perubahan kerajaan pada 2018 adalah skandal 1MDB.

    “Pertama, mengenai Najib dan skandal 1MDB, kedudukan DAP sentiasa jelas dan tidak pernah goyah.

    “Kita memutuskan untuk bekerjasama dengan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga kerana ini,” katanya.

    “Jika bukan kerana penyatuan semua untuk menggulingkan Najib, Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan Mahathir.

    “Oleh itu, DAP tidak akan melupakan pendirian ini, dan sesiapa sahaja, termasuk Ong Kian Ming, mengatakan bahawa kita sudah lupa pendirian kami adalah karut dan tidak betul (sic),” tambah Loke.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts