Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada unsur rasuah empat MP Bersatu sokong Anwar - SPRM

    Tiada unsur rasuah empat MP Bersatu sokong Anwar – SPRM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    SPRM tidak menemui sebarang unsur rasuah dalam tindakan empat ahli Parlimen Bersatu yang mengikrarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Ini menurut sumber yang mengetahui siasatan agensi antirasuah mengenai perkara berkenaan.

    “Kita dah ambil statement keempat-empat (mereka) itu. Siasatan masih dijalankan untuk  melengkapkan siasatan.

    “Daripada apa yang saya dimaklumkan, mereka datang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, minggu lalu.

    “Siasatan dapati tiada unsur-unsur rasuah dalam hal ini (setakat ini),” kata sumber peringkat tinggi itu.

    Azam Baki

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan agensi itu telah merakamkan kenyataan  empat ahli parlimen pembangkang berkenaan.

    Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut apabila diminta pengesahan rasmi mengenai penemuan siasatan.

    Baru-baru ini, empat ahli Parlimen Bersatu secara berasingan mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar tetapi menegaskan bahawa mereka masih setia kepada parti.

    Mereka ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

    Susulan itu, pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional mendakwa kerajaan menggunakan ugutan dan rasuah untuk menarik ahli Parlimen menyokong kerajaan.

    Pada 16 Nov, Azam dilaporkan memberitahu bahawa SPRM akan memanggil empat ahli Parlimen untuk menyiasat dakwaan rasuah dalam pertukaran sokongan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts