Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTidak perlu difikirkan lagi kerjasama Umno-PAS, kata Puad

    Tidak perlu difikirkan lagi kerjasama Umno-PAS, kata Puad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi menyarankan semua pihak supaya tidak lagi memberi pandangan berhubung kerjasama Umno dan PAS yang dilihat tidak bermanfaat dan berkekalan.

    Katanya, pengalaman lalu telah membuktikan kerjasama itu gagal selepas terbentuk Muafakat Nasional.

    Puad Zarkashi

    “Buat masa ini tidak perlu difikirkan lagi kerjasama Umno-PAS. Ia tidak ke mana.

    “Asasnya ialah politik. Ia tidak kekal dan tidak bermanfaat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Puad berkata peluang kerjasama kedua-dua parti itu sudah terlepas sejak gagalnya Muafakat Nasional.

    “Ketika itu isu Icerd (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) dan Statut Rom menyatukan Umno-PAS. Tetapi bila faktor politik masuk ia membantut kerjasama itu.

    “Justeru bila kerjasama ini dibangkit semula ia hanya marriage of convenience kerana PRK Kemaman. Lebih baik moving forward,” katanya lagi.

    Pada April 2019, Dr Mahathir Mohamad selaku perdana Menteri ketika itu mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

    Katanya, ini berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara.

    Isham Jalil

    Sebelum ini, seorang lagi anggota MKT Umno, Isham Jalil membangkitkan isu kerjasama antara kedua-dua parti susulan cadangan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai perdana Menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

    Isham membuat cadangan itu berikutan kemenangan besar Ahmad Shamsuri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan menewaskan Barisan Nasional (BN).

    Mengulas lanjut, Puad berkata, tumpuan Umno dan kerajaan perpaduan kini adalah menyejahterakan ekonomi negara dan rakyat.

    ALSO READ:  Lepas empat tahun baru dapat panggilan 'top 5' Bersatu - MP Gua Musang

    Sebaliknya, dia menasihatkan PN menjadi pembangkang yang konstruktif.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts