Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTidak sehaluan tema pusat - Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor

    Tidak sehaluan tema pusat – Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Tengku Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai bendahari Umno Selangor.

    Dalam satu hantaran di Facebook, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, ini kerana dia melihat peranancangan kebangkitan parti itu di Selangor sebagai hambar, dan tidak sehaluan dengan tema di Umno Pusat.

    Zafrul berkata, Selangor adalah Negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak dan strategi ampuh sepatutnya dirangka, lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihan raya Negeri tahun lalu.

    ā€œIa sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.

    ā€œAntara lain, tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap – diuji dan disemak dengan pemegang taruh.

    ā€œKerjasama dengan parti-parti lain mesti diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan bahawa masalah Umno terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat pusat,ā€ katanya.

    Zafrul berkata, begitu banyak bergantung kepada sikap dan pendekatan kepimpinan Umno Negeri.

    ā€œSaya melihat sendiri bagaimana Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat.

    ā€œNamun, sejauh mana hebat perencanaan pusat, yang melaksana ada di Negeri dan ke bawah.

    ā€œSaya tak mampu mengulas buat Negeri lain, tetapi untuk Negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,ā€ katanya.

    Menurut Zafrul, pendekatan dan prinsipnya mudah: iaitu jika dia tidak dapat menyumbang atau melakukan sebarang penambahbaikan maka dia tidak harus memegang sesuatu jawatan.

    ā€œMalah lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif,ā€ katanya lagi.

    Ketika ini, Umno Selangor diterajui oleh Setiausaha Politik Ahmad Zahid, Megat Zulkarnain Omardin manakala timbalannya adalah Adun Dusun Tua, Johan Abdul Aziz.

    ALSO READ:  Snoop Dogg to learn new tricks in Paris Olympics coverage
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts