Mahkamah Persekutuan memutuskan tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar agama mereka secara unilateral atau sepihak oleh bapa mereka kekal sebagai bukan Islam.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menafikan permohonan kebenaran rayuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), dan tiga yang lain, untuk mengembalikan penukaran agama unilateral pada 2020 itu oleh bapa mualaf mereka, Muhammad Nagahswaran Muniandy.
Perayu lain adalah kerajaan Negeri Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, dan pendaftar mualaf Negeri.
Pada 10 Jan, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Loh untuk membatalkan penukaran agama unilateral anak kembarnya berusia 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun.
Ibu berusia 36 tahun itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei tahun lalu, yang menolak semakan kehakimannya yang mencabar kesahihan penukaran agama secara sepihak.
[Berita penuh menyusul]