Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiga lelaki dipercayai dalang 'kartel perolehan' TLDM ditahan

    Tiga lelaki dipercayai dalang ‘kartel perolehan’ TLDM ditahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kartel perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor petang semalam.

    Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 hingga 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 6 petang semalam.

    Dikatakan bahawa penangkapan ke atas ketiga-tiga individu itu dilakukan atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang kartel perolehan kepada 13 syarikat pembekal yang mengendalikan kerja-kerja pembinaan di kem tersebut.

    Sumber memberitahu bahawa pembayaran penuh telah dibuat, namun kerja pembinaan masih belum siap dengan sepenuhnya.

    Berkaitan dengan itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

    “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok (hari ini) bagi permohonan reman,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts