Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiga lelaki termasuk 'datuk' didakwa edar dadah 23.5kg

    Tiga lelaki termasuk ‘datuk’ didakwa edar dadah 23.5kg

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” antara tiga lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah lebih 23.5 kilogram, bulan lepas.

    Pertuduhan terhadap Datuk Loong Chan Yow, 46, Wong Fook Loy, 46, dan Chai Choon Foo, 54, dibacakan di hadapan Majistret R Salini.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa bersama-sama dengan dua lagi lelaki warga Myanmar, mengedar dadah methylenedioxymethamphetamine (MDMA) jenis serbuk masing-masing seberat 22.5 kg dan 673 gram serta jenis pil seberat 368 gram di Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, pada 11 pagi, 27 Nov lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

    Mahkamah menetapkan 23 Jan depan untuk bacaan pertuduhan oleh jurubahasa Myanmar terhadap tertuduh dua lelaki warga Myanmar iaitu Win Min Hliang, 30, dan Kaung Myat Phyoe, 26, serta sebutan semula bagi laporan kimia.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu manakala peguam Mohd Hamizi Mohd Yusof mewakili kelima-lima tertuduh.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts