Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiga MP dari Bersatu sokong PM nafi ditawar sertai 'Langkah Dubai'

    Tiga MP dari Bersatu sokong PM nafi ditawar sertai ‘Langkah Dubai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga anggota parlimen yang baru-baru ini menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang tawaran untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menukar kerajaan, di tengah-tengah spekulasi ‘Langkah Dubai’.

    Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman menegaskan perkara itu ketika dihubungi oleh Malaysiakini, hari ini.

    “Saya tak terima apa-apa (tawaran tandatangan) SD dan saya kekal komited menyokong perdana Menteri,” kata Mohd Azizi (gambar atas).

    Suhaili pula menegaskan dia tidak akan membuat pusingan U sama sekali dalam soal tersebut.

    “Ya, sokongan saya 100 peratus terhadap PMX (perdana Menteri ke-10).

    “Tiada pusingan U lagi bagi saya, 100 peratus sokong PMX,’ ujarnya kepada Malaysiakini.

    Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman.

    Manakala Zahari juga menyatakan bahawa dia tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan.

    “Setakat ini tiada (tawaran), dan saya akan terus istiqamah menyokong PMX,” katanya ringkas melalui mesej aplikasi WhatsApp.

    Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik

    Bagi rekod, ketiga-tiga mereka merupakan antara lima anggota parlimen daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar sebelum ini.

    Dua lagi daripada mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

    Sejak beberapa hari lalu, sesetengah pemimpin PN mendakwa mereka sudah bersedia untuk mengambil alih kerajaan kerana memperoleh jumlah yang mencukupi bagi membentuk majoriti di Dewan Rakyat.

    Antaranya ialah Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa kerajaan perpaduan hanya menanti masa untuk tumbang.

    Hal itu kerana, dakwa Sanusi, PN sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi. Dia bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

    ALSO READ:  Rakyat harap Skim Perubatan Madani diperluas

    Dakwaan itu muncul selepas spekulasi wujudnya ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan mengancam kepada kejatuhan kerajaan perpaduan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts