Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiga pemilik syarikat didenda guna dokumen palsu kurangkan duti import kereta

    Tiga pemilik syarikat didenda guna dokumen palsu kurangkan duti import kereta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga pemilik syarikat di Langkawi telah didenda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, Kedah selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pengurangan duti import kereta mewah.

    Tertuduh Ong Seng Aun, 59; Hoo Zui Bok, 47; dan Ooi Liang Sheng, 36; masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

    Mereka mengaku bersalah menggunakan Borang Kastam Perisytiharan Barang-Barang Yang Diimport (K1) palsu di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi antara 21 April 2021 hingga 2 Oktober 2021.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 465 akta yang sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Sementara itu, mahkamah turut mengenakan denda sebanyak RM5,000 terhadap Ooi selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan Surat Akuan palsu untuk tujuan sama pada 4 November 2018, di tempat sama dan dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Atiqah Mohamad Alias dan pegawai penyiasat SPRM Muhamad Taufik Awaludin manakala Ong dan Ooi diwakili peguam Mohd Hakim Hamran dan Hoo diwakili peguam R. Sheshalini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts