Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiga premis kerajaan di Johor Bahru terima e-mel ancaman bom

    Tiga premis kerajaan di Johor Bahru terima e-mel ancaman bom

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan disahkan telah menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.

    Beliau berkata satu daripada tiga premis kerajaan yang menerima e-mel tersebut adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum di Johor Bahru.

    “Setakat ini di daerah Johor Bahru kami telah menerima tiga laporan polis daripada premis kerajaan yang mengatakan mereka menerima e-mel yang sama.

    “Nampaknya pengirim e-mel tersebut tidak spesifik kepada satu-satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan keselamatan di Menara MBJB hari ini.

    Terdahulu, Raub dilaporkan berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan sebarang objek mencurigakan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts