Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiga wanita Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024

    Tiga wanita Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik yang membuktikan bahawa usia selepas 50 adalah era keemasan baharu.

    Mereka ialah pengarah eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid.

    Menurut Forbes, wanita tersenarai berasal dari 14 negara dan wilayah membabitkan puluhan sektor pekerjaan.

    Pengaruh mereka merangkumi fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.

    Sta Maria, 65, yang dilantik sebagai pengarah eksekutif Sekretariat APEC pada 2019 menjadi wanita pertama yang mengetuai badan penasihat ekonomi antara kerajaan dengan 21 anggota itu.

    Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua setiausaha, setiausaha agung dan perunding perdagangan utama untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

    Sebelum ini, beliau juga pernah mewakili rantau ini di Forum Ekonomi Dunia dan menjadi pengarah bukan eksekutif sebuah bank.

    Sementara itu, Sreenevasan, 67, peguam terkemuka Malaysia dan peguam bela hak asasi manusia pernah menerima Pingat Ruth Bader Ginsburg dan Anugerah Gandhi Memorial Trust Public Service.

    Beliau yang berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Exeter, United Kingdom, kini berkhidmat sebagai Presiden Pure Life Society, sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.

    Tunku Mona Riza, 57, pula pernah memenangi anugerah Most Promising Director di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya ā€œRedhaā€.

    Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu menggambarkan cabaran membesarkan kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.

    Filem yang dterbitkan pada tahun lalu ā€œRain Townā€ ialah filem berbahasa Cina pertama Malaysia yang diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.

    ALSO READ:  'Tak logik mengaku masih ahli Bersatu lepas berucap di pentas lawan'

    Turut tersenarai antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarada Thimmakka yang sinonim dengan gelaran “mother of treesā€ dan pelakon Indonesia Christine Hakim.

    Senarai penuh boleh didapati di Forbes.com dan menerusi edisi Februari/Mac Forbes Asia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts