Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTikTok nafi sekat kandungan pro-Palestin dari Malaysia

    TikTok nafi sekat kandungan pro-Palestin dari Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyedia platform media sosial TikTok menafikan dakwaan bahawa ia menyekat kandungan dari Malaysia berkaitan konflik Palestin-Israel. Reuters memetik jurucakap TikTok yang menafikan dakwaan penapisan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil semalam. “Tuduhan itu tidak berasas. Garis panduan komuniti kami terpakai sama rata untuk semua kandungan di TikTok, dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar kami secara konsisten untuk melindungi komuniti kami,” kata jurucakap itu dalam e-mel kepada Reuters.

    Fahmi semalam berkata terdapat “bukti” TikTok didakwa mengeluarkan kandungan pro-Palestin dari Malaysia, selepas ramai pengguna platform itu mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kandungan dan siaran langsung mereka telah diturunkan atau disekat. Dia berkata kandungan tersebut termasuk yang berkaitan dengan ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada Selasa.

    Minggu lalu, Fahmi berkata dia telah menghubungi pengendali TikTok berikutan aduan netizen terdapat penapisan kandungan pro-Palestin. Menurut Reuters, Meta dan TikTok menetapkan Hamas – pergerakan Palestin yang mentadbir Gaza – sebagai “organisasi berbahaya” dan melarang kandungan memujinya. Sebelum ini, Meta, pemilik platform media sosial popular Facebook dan Instagram, turut menafikan dakwaan bahawa ia menyekat siaran menyokong Palestin, namun mengakui tidak membenarkan kandungan memuji Hamas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts