Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTindakan lebih tegas terhadap individu salah guna laluan bas - Loke

    Tindakan lebih tegas terhadap individu salah guna laluan bas – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pengangkutan akan memperketatkan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah ini diambil bagi memastikan laluan khas bas tidak dieksploitasi oleh pengguna lain.

    Beliau menyatakan bahawa tindakan ini juga sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam, khususnya perkhidmatan bas, sebagai pilihan utama rakyat.

    Loke berkata, “Pendekatan saya ialah carrot and stick (ganjaran dan hukuman). Jika carrot (manfaat) tidak menarik mereka, kita akan gunakan stick (penguatkuasaan). Orang ramai tidak berminat menaiki bas kerana terdapat kemungkinan mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana kekerapan bas sukar dijangka. Itulah sebabnya kita berusaha keras memperkenalkan laluan bas.”

    “Kita ada dua laluan pada masa ini iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang. Jika dua koridor ini berjaya, kita bercadang untuk menambah laluan bas ini,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Menara UOA di Kuala Lumpur hari ini.

    Loke juga mengumumkan bahawa jumlah purata penumpang yang disasarkan pada tahun ini adalah 285,000 penumpang iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 241,000 penumpang pada 2023.

    Pihak Kementerian Pengangkutan turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan proses bukti konsep bagi pelaksanaan perluasan dua laluan khas bas iaitu di daerah Lembah Klang melibatkan Jalan Ampang dan Jalan Klang Lama ke Jalan Puchong termasuk di Jalan Burma, Pulau Pinang.

    Selain itu, Prasarana juga menyasarkan untuk menaik taraf sebanyak 117 tapak perhentian bas, 11 laluan pejalan kaki dan 15 hab bas untuk tahun ini.

    Loke turut menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan menetapkan dasar baharu bagi pembelian bas Prasarana ke arah bas elektrik bermula 2025 dalam usaha meningkatkan penggunaan kenderaan hijau, selaras dengan inisiatif Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

    ALSO READ:  Tiada siasatan boleh siap jika usaha Daim dibenarkan: AGC

    “Tahun depan kita akan cuba supaya pembelian bas baharu ke arah bas elektrik (EV). Cuma ada satu lagi pembelian baharu melibatkan 310 bas diesel dan saya telah nyatakan kepada Prasarana bahawa ini merupakan pembelian terakhir bas diesel. Selepas itu, perolehan bas adalah ke arah bas EV,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts