Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Tindakan tegas pada majikan tak patuh undang-undang buruh, imigresen'

    ‘Tindakan tegas pada majikan tak patuh undang-undang buruh, imigresen’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang buruh dan imigresen serta sebarang aktiviti penipuan yang dilakukan majikan semasa Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

    Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata majikan dan agensi pekerjaan swasta yang melanggar undang-undang serta dasar dan arahan kerajaan berhubung permohonan dan pengambilan pekerja asing akan disenaraihitamkan.

    “Masalah itu sedang diteliti dengan serius oleh kerajaan dan beberapa usaha telah diambil untuk menangani perkara ini.

    “Kami juga membantu pekerja asing yang mengalami masalah akibat majikan menyalahgunakan RTK menerusi Program Pertukaran Majikan dan majikan baru akan disaring oleh Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen sebelum pekerja itu diserahkan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sivakumar berkata demikian dalam respons kepada laporan media pada Khamis, menyatakan Malaysia menghadapi lambakan pekerja asing yang besar akibat buruh paksa sistemik.

    Menteri itu berkata kerajaan telah mengkaji semula program RTK yang telah dihentikan sejak 18 Mac lepas dan menyedari ada majikan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan sehingga menyebabkan kuota yang diluluskan melebihi keperluan sebenar majikan.

    “Ini tidak dinafikan telah menyebabkan ramai pekerja asing menghadapi situasi menyukarkan iaitu tidak dibayar gaji, tidak diberi pekerjaan dan tidak disediakan penginapan yang kondusif mengikut undang-undang negara.

    “Kerajaan telah membuat keputusan tiada lagi kelulusan bagi kuota baru, dan ia akan menguruskan kemasukan pekerja berdasarkan kuota yang diluluskan bagi memastikan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 2.4 juta menjelang 2025,” katanya.

    KKM ingin menjelaskan bahawa pengurusan pekerja asing di Malaysia adalah tertakluk kepada prinsip mengutamakan pekerja tempatan dan permintaan daripada majikan bergantung kepada keperluan sebenar mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut sektor, katanya.

    ALSO READ:  'Kenang jasa Salahuddin' - PN digesa tak bertanding PRK Pulai, Simpang Jeram

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts