Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTindakan tertuduh umpama haruan makan anak, kata hakim

    Tindakan tertuduh umpama haruan makan anak, kata hakim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang warga Bangladesh telah dihukum penjara selama 22 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini setelah didapati bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya sehingga melahirkan anak, tiga tahun lepas.

    Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman ini selepas mendapati tertuduh yang berusia 44 tahun bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penangkapan pada 20 Feb 2020.

    “Setelah mendengar mitigasi tertuduh dan pemberatan oleh pihak pendakwaan, tiada kompromi terhadap kes sumbang mahram. Tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya yang berusia 13 tahun (ketika kejadian).

    “Tindakan tersebut umpama haruan makan anak dan meninggalkan trauma kepada mangsa,” katanya.

    Menurut pertuduhan, lelaki itu melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya yang ketika itu berusia 13 tahun di Kampung Orang Asli Tekir, Mentera, Labu Batu 10, di sini, kira-kira 10.30 malam, 15 Feb 2020.

    Pertuduhan ini mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

    Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Semasa rayuan hukuman yang lebih ringan, tertuduh merayu hukuman ringan kerana dia mengalami sakit belakang akibat kemalangan.

    Goh memohon hukuman setimpal kerana tertuduh telah menganiaya mangsa yang mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh dan anak yang dilahirkan mangsa adalah sepadan. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan peniaga kain itu tidak berada di tempat kejadian.

     “Anak tiri tertuduh telah kehilangan ibu kandungnya akibat kanser otak, oleh itu mangsa bergantung sepenuhnya ke atas tertuduh untuk dilindungi dan menjaga mangsa, bagaimanapun tertuduh telah mengambil kesempatan terhadap mangsa.

    ALSO READ:  PM: M'sia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik

    “Mangsa telah dianiaya sebanyak empat kali sehingga mangsa berumur 13 tahun. Bagi seorang kanak-kanak, kehidupannya sepatutnya fokus kepada pendidikan dan kebahagiaan, namun terjejas kerana kini dia ibu tunggal kepada anaknya sambil meneruskan pelajaran,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts