Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiong gesa pimpinan Umno, KM Melaka tegur Akmal

    Tiong gesa pimpinan Umno, KM Melaka tegur Akmal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pelancongan Tiong King Sing telah menggesa kepimpinan Umno supaya tidak terus membiarkan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, memperbesar-besarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa kedai serbaneka KK Mart. Dalam satu kenyataan di Facebook, Tiong menyatakan bahawa Umno perlu mengambil tindakan serius terhadap tindakan Akmal tersebut dan tidak membenarkan beliau menggunakan platform Pemuda Umno serta statusnya sebagai pemimpin untuk mengejar agenda peribadi.

    “Saya lebih bimbang jika pemimpin-pemimpin Utama Umno terus mengabaikan perlakuan dan sikap Akmal selaku Ketua Pemuda Umno, ini boleh menyebabkan rakyat terus menilai Umno secara negatif, malah Umno mungkin akan ditolak oleh rakyat yang menghargai keamanan, perpaduan, dan politik matang,” ujar beliau.

    Beliau turut menggesa Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, untuk mengambil tindakan tegas terhadap Akmal yang juga merupakan exco kerajaan Negeri tersebut. Tiong turut mendapat maklum balas bahawa penduduk Melaka tidak berpuas hati dengan sikap sombong Akmal.

    “Jika tidak diperbetulkan dengan segera, ini mungkin akan memberi kesan negatif kepada perkembangan politik Melaka pada masa hadapan,” jelasnya.

    Kejadian kontroversi bermula apabila salah sebuah rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Sunway didapati menjual stoking yang terdapat kalimah Allah pada stoking tersebut. Pengasas KK Super Mart, KK Chai kemudiannya memohon maaf atas kejadian tersebut, serta menerangkan bahawa produk tersebut adalah ‘consignment’ daripada vendor dan pihaknya telah membuat pertanyaan lanjut kepada vendor berkenaan.

    Namun, kontroversi tersebut tidak berhenti di situ apabila Akmal dengan keras menyatakan bahawa permohonan maaf tidak mencukupi untuk menyelesaikan isu tersebut. Tiong berpendapat bahawa Akmal tidak sepatutnya menggunakan isu tersebut untuk mendapat keuntungan politik kerana tindakan tersebut boleh merosakkan keharmonian di kalangan masyarakat.

    ALSO READ:  Najib tidak dapat pengampunan penuh untuk lemahkan Umno - Puad

    Kata Tiong, semua pihak sepatutnya bertenang dan menghentikan pertelagahan yang sedang berlaku. “Sebagai gantinya, berikan peluang kepada KK Super Mart untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan Akmal tidak perlu lagi memanfaatkan keadaan ini untuk mendapat populariti,” pesannya.

    Tiong mempercayai bahawa sebagai sebuah perniagaan, KK Super Mart telah memberikan banyak sumbangan dan manfaat kepada masyarakat, terutamanya dalam aspek ekonomi dan peluang pekerjaan. Dengan melebihi 800 cawangan di seluruh negara, KK Super Mart turut memberikan peluang pekerjaan kepada pelbagai kaum termasuk pekerja Melayu.

    “Jika kontroversi mengenai stoking ini terus diperbesar, ia boleh menimbulkan jurang di kalangan pekerja dan lebih meruncing, ia boleh memberi kesan negatif kepada mata pencarian ramai pekerja. Adakah ini yang diinginkan oleh Akmal?” soalnya.

    Dalam konteks ini, Tiong menyatakan bahawa adalah penting untuk semua pihak menerima permohonan maaf dari KK Super Mart dengan ikhlas dan terbuka hati. Beliau turut menggesa kepada semua pemimpin politik untuk bertenang dan menghentikan pertelagahan yang sedang berlaku.

    “Sebaliknya, berilah perhatian sepenuhnya kepada agenda pembangunan negara demi kebaikan rakyat,” katanya.

    Akmal dan Tiong sebelum ini sering berselisih pendapat dan saling melempar kritikan di media sosial, dengan Ketua Pemuda Umno itu turut menggesa agar Tiong dipecat. Perbezaan pendapat ini berpunca daripada beberapa isu termasuk cadangan untuk meletakkan bak kut teh dalam senarai warisan makanan negara.

    Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, menyatakan bahawa pihak KK Super Mart akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan. Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengatakan bahawa dua kertas siasatan telah dibuka selepas menerima 42 aduan berkaitan.

    ALSO READ:  Greece closes more ancient tourist sites as heatwave persists

    Beliau menjelaskan bahawa kes tersebut sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, yang menyebabkan ketidakharmornian, perpecahan, permusuhan, kebencian, atau niat jahat yang merosakkan perpaduan.

    Beliau turut menjelaskan bahawa kes juga sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan secara tidak wajar kemudahan rangkaian.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,245FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts