Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiong nasihati Wan Saiful fokus kes mahkamah sendiri

    Tiong nasihati Wan Saiful fokus kes mahkamah sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mengecam dan menasihati Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan agar tumpu kepada kes mahkamah yang sedang dihadapi.

    Tiong juga berpendapat bahawa pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak perlu sibuk menjaga tepi kain orang.

    Beliau berkata, “Saya minum, saya menari apa saya punya imej sebagai Menteri tidak bagus? Pergi tengoklah rakyat komen macam mana kamu sekarang kena tuduh sebagai rasuah.

    “Kamu punya parti hari-hari cerita orang rasuah tetapi akhir sekali kamu sendiri punya parti banyak orang rasuah jagalah kamu punya imej parti dulu terutama sekali kamu sendiri punya imej jangan ‘kong kali kong’.”

    “Cerita saya punya imej pula, saya mahu beritahu Wan Saiful kalau kamu tidak pandai menghormati orang berbilang kaum dan agama apa lagi cerita kamu sebagai pemimpin Bersatu, cukup malu kamu kata saya mabuk,” katanya dalam satu video di Facebook, hari ini.

    Kenyataan ahli Parlimen Bintulu itu merupakan jawapan kepada kritikan Wan Saiful yang mendakwanya sebagai “mabuk” dalam acara awam semasa kempen pilihan raya kecil di Pelangai, Pahang, bulan lalu.

    Wan Saiful sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam menolak penjelasan Tiong bahawa dia bukan Islam.

    Beliau sebaliknya berkata, mabuk di khalayak ramai adalah akhlak buruk sebagai pemimpin tanpa mengira agama atau bangsa.

    Tiong dalam kenyataannya turut mengingatkan Wan Saiful supaya “jangan terlalu menjaga tepi kain orang, sehingga kain sendiri yang banyak lumpur tak nampak”.

    “Dan kalau terasa nak menuduh orang lain, cermin-cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Wan Saiful perlu lihat diri sendiri.

    “Jelaskan kepada rakyat bagaimana beliau boleh didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram seperti yang dilaporkan media. Namun, dia berani menggelarkan saya ‘mabuk’ dan mempunyai ‘imej yang rosak’.

    ALSO READ:  MDEC-funded digital games, status of five LRT3 stations among Parliament highlights today

    “Dia juga telah menghasut orang ramai untuk mengajak orang lain mengulas sama ada saya mabuk atau tidak,” katanya.

    Tambah Tiong, dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya, Wan Saiful nampaknya tidak tahu menghormati budaya, agama dan kaum lain, atau sengaja memilih untuk menjadi ‘jahil’, sehingga tidak dapat bersikap terbuka dan inklusif.

    “Dia sebaliknya lebih memilih untuk memberi penilaian peribadi dan menggunakan tanggapan sendiri dalam menilai orang lain. Jika dia terus bersikap begini, lebih baik tinggalkan pentas politik.

    “Dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya ingin mencadangkan agar Wan Saiful menyelesaikan masalah dan pertuduhan terhadapnya terlebih dahulu. Jelaskan kepada rakyat bagaimana dana yang begitu banyak boleh masuk ke akaun miliknya seperti yang dilaporkan media.

    “Jika perkara itu dapat diselesaikan, barulah boleh ‘sibuk’ hal orang lain,” katanya.

    Tiong turut menegaskan bahawa dia berhak mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan dilemparkan Wan Saiful.

    Tegasnya, dia akan tetap mematuhi budaya, agama, dan bangsanya sebagai jawapan kepada tuduhan “mabuk” yang dilemparkan oleh Wan Saiful.

    “Saya juga berhak untuk menerusi tindakan undang-undang terhadap fitnah beliau kepada saya kerana dia tidak mempunyai bukti bahawa saya ‘mabuk’. Jangan cuba menangguk di air keruh.

    “Demi kepentingan politik, sanggup mempergunakan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri, sedangkan rakyat nampak anda tidak membuat sebarang pencapaian dalam meningkatkan taraf hidup mereka,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts