Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiong tegur Sanusi: Pakai kurang sikit, ‘you’ kata macam binatang

    Tiong tegur Sanusi: Pakai kurang sikit, ‘you’ kata macam binatang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menyatakan rasa terkejutnya berkaitan komen Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan cara pemakaian seseorang. Sanusi berkata demikian susulan kritikan Sanusi terhadap pemakaian yang “semakin telanjang” yang diumpamakannya sebagai binatang. “Saya cukup sedih, siapa pakai yang kurang sikit you kata serba macam binatang. “Apa punya Menteri besar,” kata Tiong dalam rakaman video di media sosialnya. Sanusi, pemimpin kontroversi PAS yang terkenal dengan kelantangannya itu, dilapor berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco Kedah di Alor Setar hari ini. Menurut video di media sosialnya, Sanusi antaranya berkata kemajuan sebenar apabila orang lebih dekat dengan agama. “Semakin maju, semakin terlanjang. Tak betul. Itu menjadi binatang. “Binatang memang tak pakai baju. Makin sikit baju, semakin menjadi kebinatangan. “Jadi sepatutnya makin maju manusia ini, semakin menutuplah. Baru jadi mahalkan,” katanya. Dalam kenyataan hari ini, Tiong justeru berkat dia bingung dengan kenyataan-kenyataan Sanusi itu. “Jika semalam beliau kata tidak akan mengenakan sekatan terhadap cara berpakaian orang bukan Islam, hari ini pula mengatakan bahawa pakaian yang lebih sederhana mewakili kemajuan – membuatkan saya bingung. “Kenyataan beliau yang tidak konsisten ini amat memeranjatkan dan menambahkan lagi pelbagai kontroversi di Malaysia,” katanya.

    Tiong juga berkata dia kini tidak berani menjalankan kempen untuk menggalakkan pelancong mengunjungi Langkawi. “Esok jadi apa-apa isu, awak pun cuci tangan,” katanya. Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah saling bertelagah dalam isu pemakaian pelancong dan dakwaan kemerosotan pelancongan di Langkawi.

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menyatakan rasa terkejutnya berkaitan komen Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan cara pemakaian seseorang.

    ALSO READ:  Hab digital Asean: Tengku Zafrul bakal bertemu CEO Microsoft

    Sanusi berkata demikian susulan kritikan Sanusi terhadap pemakaian yang “semakin telanjang” yang diumpamakannya sebagai binatang.

    “Saya cukup sedih, siapa pakai yang kurang sikit you kata serba macam binatang.

    “Apa punya Menteri besar,” kata Tiong dalam rakaman video di media sosialnya.

    Muhammad Sanusi Md Nor

    Sanusi, pemimpin kontroversi PAS yang terkenal dengan kelantangannya itu, dilapor berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco Kedah di Alor Setar hari ini.

    Menurut video di media sosialnya, Sanusi antaranya berkata kemajuan sebenar apabila orang lebih dekat dengan agama.

    “Semakin maju, semakin terlanjang. Tak betul. Itu menjadi binatang.

    “Binatang memang tak pakai baju. Makin sikit baju, semakin menjadi kebinatangan.

    “Jadi sepatutnya makin maju manusia ini, semakin menutuplah. Baru jadi mahalkan,” katanya.

    Dalam kenyataan hari ini, Tiong justeru berkat dia bingung dengan kenyataan-kenyataan Sanusi itu.

    “Jika semalam beliau kata tidak akan mengenakan sekatan terhadap cara berpakaian orang bukan Islam, hari ini pula mengatakan bahawa pakaian yang lebih sederhana mewakili kemajuan – membuatkan saya bingung.

    “𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫,” katanya.

    Tiong juga berkata dia kini tidak berani menjalankan kempen untuk menggalakkan pelancong mengunjungi Langkawi.

    “Esok jadi apa-apa isu, awak pun cuci tangan,” katanya.

    Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah saling bertelagah dalam isu pemakaian pelancong dan dakwaan kemerosotan pelancongan di Langkawi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts