Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiong ulang aduan pelancong tak dibenar berseluar pendek, minum arak

    Tiong ulang aduan pelancong tak dibenar berseluar pendek, minum arak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing mempertahankan dakwaannya mengenai aduan pelancong bukan Islam yang dikatakan dilarang berseluar pendek dan meminum arak di Langkawi.

    Kata Tiong, dia tidak ingin bertikam lidah dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai aduan pelancong tersebut.

    “Jika isu ini berlanjutan, ia akan menyebabkan lebih banyak perbalahan sehingga masalah yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan dan juga merugikan masyarakat.

    “Bagaimanapun, saya masih berpegang pada pendirian saya bahawa saya hanya mengangkat aduan pelancong dengan niat untuk memperbaiki kesalahan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini supaya tidak menjadi lebih buruk,” kata Tiong dalam catatan di Facebook.

    Tiong baru-baru ini di Parlimen mendakwa terdapat pelancong yang mengadu kepada kementerian tersebut mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kerajaan tertentu di Langkawi yang mengganggu pelancong berkenaan etika pemakaian dan pengambilan alkohol.

    Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Sanusi yang mengatakan bahawa beliau tidak memahami isu yang dibangkitkan oleh Tiong.

    “Tak tahulah kenapa isu ini dibangkitkan, mungkin ada orang yang mempengaruhi dia agaknya. Saya bukan nak bergaduh dengan Menteri, tetapi dia seharusnya datang sendiri melihat dan menyaksikan sendiri bukannya hanya mendengar cerita orang lain.

    “Menteri itu boleh datang ke Langkawi dan memakai seluar pendek kerana dia bukan Islam dan tiada sesiapa pun melarangnya.

    “Sesiapa pun yang agamanya membenarkannya, sila pakai tetapi janganlah memakai sesuatu yang mencolok atau berpakain bogel di pantai kerana itu tidak sesuai dengan budaya kita,” katanya dalam laporan yang disiarkan oleh Berita Harian.

    Mengulas lanjut, Tiong mengatakan sangat malang apabila aduan pelancong yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara tidak dianggap serius malah cuba dinafikan.

    ALSO READ:  Audit negara: Seorang penjawat awam diheret ke mahkamah, 25 kena tatatertib

    “Alangkah baiknya jika siasatan dijalankan, tidak kira ia adalah kes besar atau kecil, kerana setiap aduan yang diberikan oleh pelancong, sama ada tempatan atau antarabangsa, harus diambil berat dengan sebaik-baiknya.

    “Lebih malang apabila perkara penting seperti ini dijadikan sebagai modal politik sehingga ada yang menggunakannya sebagai isu perkauman. Padahal, saya bangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat semata-mata untuk mencari penyelesaian dan mendapatkan pendapat serta persetujuan dari ahli-ahli parlimen pelbagai kaum.

    “Sebagai seorang Menteri, saya akan melakukan yang terbaik bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam industri pelancongan, tanpa mengambil kira parti mana yang memerintah di Negeri-Negeri yang berkenaan,” kata Tiong.

    Dalam pada itu, Tiong juga menyatakan bahawa terdapat beberapa ahli politik di negara ini yang berebut-rebut membuat kenyataan, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyentuh cara berpakaian orang bukan Islam di Kelantan yang diperintah oleh PAS.

    “Contohnya, apa yang berlaku di Kelantan di mana peniaga dikenakan kompaun atas alasan berpakaian tidak sopan di premis perniagaannya sendiri.

    “Tidakkah ini membuktikan wujudnya ‘Little Napoleon’ di lapangan khususnya dalam penguatkuasaan?

    “Tidakkah ini mencerminkan amalan ekstremis dan menafikan hak serta kebebasan rakyat Malaysia pelbagai kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

    “Tidakkah ini juga menjejaskan imej negara di mata pelancong antarabangsa, seterusnya mencacatkan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka?”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts