Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTitah adendum: Zaliha zip mulut, enggan ulas lagi

    Titah adendum: Zaliha zip mulut, enggan ulas lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketika kedudukan hukuman penjara Najib Razak terus menjadi perhatian, salah seorang anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tetap enggan mengulas mengenai isu berkenaan.

    Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, dipetik media sebagai berkata, dia tidak ada sebarang komen mengenai titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    Tidak ada apa (komen) daripada saya,” katanya seperti dipetik Utusan Online.

    Untuk rekod Zaliha merupakan salah seorang anggota lembaga tersebut atas kapasitinya sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan.

    Selain Menteri, lembaga berkenaan dianggotai juga peguam negara dan perdana Menteri (jika lembaga pengampunan Negeri, disertai Menteri besar atau ketua Menteri) serta sehingga tiga yang lain yang dilantik Agong.

    Bagaimanapun identiti individu yang menganggotai lembaga tersebut pula dirahsiakan.

    Mengikut Perkara 42(7) Perlembagaan Persekutuan, ahli parlimen atau wakil rakyat tidak dibenarkan menganggotai lembaga berkenaan.

    Sebelum ini Najib mendakwa wujud titah tambahan (adendum) daripada Sultan Abdullah yang meminta bekas perdana Menteri itu dibenarkan menghabiskan tempoh tahanan penjara di rumah.

    Selain itu Najib sudah diberikan potongan hukuman penjara dan denda berbanding apa yang diputuskan oleh mahkamah.

    Bekas Menteri besar Pahang itu disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram oleh mahkamah.

    Menurut laporan media Zaliha berkata kenyataan dan penjelasan diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu titah tambahan itu sudah memadai.

    “Tak ada yang lain daripada saya,” kata Zaliha yang dilaporkan membuat isyarat menzip mulutnya sebagai penegasan tiada lagi komen tambahan.

    Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang ditemui media pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya. Turut hadir bekas timbalan perdana Menteri yang juga isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    ALSO READ:  US general, pointing to Maduro, says democracy is under attack globally

    Pada 21 April lalu, ketika disoal mengenai perkara itu, Anwar berkata Putrajaya tidak akan mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu.

    “Pendirian kami adalah jelas bahawa sebarang keputusan yang dibuat dalam lembaga pengampunan, keputusan Agong, adalah muktamad.

    “Sejak Merdeka sehingga hari ini, tiada tindakan kerajaan yang bertentangan dengan perananan dan kuasa raja-raja Melayu, dan ini harus kita kekalkan.

    “Mereka yang tidak memahami keputusan itu, mereka tidak layak menjadi pengulas politik,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts