Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTitah Agong: Reaksi ahli parlimen

    Titah Agong: Reaksi ahli parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini, memberikan peringatan dan nasihat kepada ahli-ahli Parlimen.

    Titah tersebut juga mencerminkan harapan Baginda agar kestabilan politik di negara ini dapat diperkukuhkan, demi pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan pentingnya dalam memperkukuhkan perpaduan.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengatakan titah Baginda Yang di-Pertuan Agong secara tidak langsung memberi ingatan kepada semua Ahli Dewan Rakyat agar tidak menganggu pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Ahli Parlimen perlu memahami bahawa tempoh menentukan mandat ialah semasa pilihan raya. Kini ialah masa untuk mengurus tadbir negara, fokus kepada rakyat dan membantu menurunkan suhu politik dengan mengiktiraf kerajaan yang sedia ada,” katanya selepas istiadat tersebut.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan Baginda dengan jelas menitikberatkan kebajikan rakyat, dan kerajaan perlu memberi keutamaan dalam pembangunan demi kemakmuran negara.

    “Saya menghormati titah Baginda dan sebagai wakil rakyat, adalah tanggungjawab saya untuk melaksanakan tugas ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

    Saifuddin Nasution Ismail

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke melihat titah tersebut sebagai satu pesanan jelas agar perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dipertingkat untuk memastikan keharmonian.

    “Ini adalah pandangan yang bernas dan seruan yang tepat. Keutamaan adalah keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

    Loke juga menyatakan peringatan Baginda mengenai kestabilan politik adalah penting untuk memastikan pembangunan negara dalam pelbagai aspek seperti ekonomi dapat dicapai dan mengembalikan keyakinan negara luar.

    Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Kemaman, melihat titah Baginda merangkumi perkara yang penting untuk diberi perhatian demi memacu negara ke arah yang lebih baik dalam politik, ekonomi dan perpaduan.

    Ahmad Samsuri Mokhtar

    “Semua pihak perlu memperhatikan perkara ini untuk membangun negara. Semua pihak harus bekerjasama dan kurangkan politik,” katanya.

    ALSO READ:  Semak fakta: Alicafe dan Kluang Rail Coffee halal, tiada kaitan DAP

    Baginda Yang di-Pertuan Agong mengemukakan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik termasuk tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam persidangan, perlunya merangka dasar untuk perpaduan negara, isu birokrasi, hutang negara dan kestabilan politik.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts