Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTitah sultan tentang SPRM, Petronas tak boleh diambil ringan - Dr M

    Titah sultan tentang SPRM, Petronas tak boleh diambil ringan – Dr M

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenyataan Sultan Johor Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu SPRM dan Petronas melapor terus kepada Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diambil ringan, kata Mahathir Mohamad.

    “Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan dalam perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan perananan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.

    “Perlembagaan serta undang-undang tubuh Negeri telah menggaris secara terperinci perananan, tanggungjawab serta bidang kuasa setiap raja yang memerintah Negeri-Negeri serta juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

    Sultan Ibrahim dalam wawancara bersama akhbar Singapura kelmarin mahu lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Agong, termasuk pemantauan terus terhadap SPRM dan Petronas, berbanding parlimen.

    Berikut kenyataan penuh Mahathir yang bertajuk “Menjadi raja”:

    Kenyataan Sultan Johor baru-baru ini yang dia mahu SPRM dan Petronas melapor secara langsung kepadanya serta beberapa peranancangan lain apabila dia menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.

    Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan dalam perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan perananan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.

    Perlembagaan serta undang-undang tubuh Negeri telah menggaris secara terperinci perananan, tanggungjawab serta bidang kuasa setiap raja yang memerintah Negeri-Negeri serta juga Yang di-Pertuan Agong.

    Sebelum kuasa raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong diperincikan dalam perlembagaan yang disediakan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, pihak raja-raja mudah dipaksa oleh British supaya menyerah Negeri-Negeri mereka kepada British dan mereka menjadi raja yang tidak ada Negeri. Untuk elak dari tekanan seperti ini konsep raja berperlembagaan disyor dan diterima.

    ALSO READ:  Kebebasan media: Kerajaan harus cermin diri - NGO hak asasi

    Hari ini tekanan perlu dibuat juga kepada Parlimen. Hanya jika raja dan parlimen bersetuju barulah sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan boleh dibuat. Agihan kuasa antara dua pihak lebih selamat dari kuasa mutlak.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts