Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik

    TNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi bantuan dan menanggung kos rawatan bagi kanak-kanak yang terkena percikan arka di pencawang elektrik di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

    Dalam kenyataan, TNB menyatakan simpati terhadap kejadian tersebut dan akan memastikan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendapat rawatan yang terbaik.

    Pengurusan TNB juga telah menemui ibu bapa mangsa di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk memberi sokongan.

    “Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital tersebut. TNB turut memberikan bantuan awal kepada keluarga mangsa,” katanya.

    TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga untuk menyiasat kejadian ini. Syarikat tersebut juga menubuhkan pasukan siasatan sendiri dalam usaha memberi keutamaan kepada keselamatan.

    Mangsa didakwa mengalami kecederaan parah selepas terkena renjatan elektrik apabila memasuki bilik janakuasa elektrik untuk mengambil bola.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts