Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTohmahan kasino disebar penjahat sebenar, kata PM

    Tohmahan kasino disebar penjahat sebenar, kata PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak yang menyebarkan fitnah mengenai pembukaan kasino di Forest City di Johor, kata Anwar Ibrahim, merupakan “penjahat” dan wajar dihukum.

    Malah kata perdana Menteri pihak terbabit itu wajar ditempatkan di Penjara Sungai Buloh yang pernah menjadi tempat tahanannya.

    Berucap di majlis sambutan Hari Pekerja 2024 bertema Pekerja Kesuma Bangsa di Putrajaya hari ini Anwar berkata dia tidak pernah mendengar atau diusulkan agar pusat perjudian dibuka di Forest City.

    “Senang-senang saja mereka buat tohmahan buat fitnah sesuka hati mereka.

    “Tak ada modal lain… oh (kononnya) Anwar dah luluskan kasino di Johor.

    “Apa benda ni? Tak pernah saya dengar, tak pernah ada orang ususkan dan Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) tidak pernah memaklumkan kepada saya untuk ada kasino serta perjudian di sana.

    “Jadi (tohmahan) ini dari mana? Daripada penjahat-penjahat sebenarnya. Jadi, mereka ini sebenarnya (patut) ganti (masuk) bilik-bilik saya di (Penjara) Sungai Buloh,” katanya.

    Beberapa hari lalu Bloomberg – yang memetik sumber tidak didedahkan – mendakwa kerajaan meluluskan rancangan membina kasino sebagai sebahagian daripada langkah menghidupkan semula projek mega Forest City.

    Singgung PM boleh jawab

    Dakwa laporan itu, pertemuan di antara wakil Anwar dan Agong telah mengadakan pertemuan dengan dua taikun terkenal iaitu pengasas Berjaya Corp Bhd (Berjaya), Vincent Tan; serta Lim Kok Thay (Genting Group) pada minggu lalu.

    Berjaya sudah membuat laporan polis pada 26 April lalu agar sumber yang tidak dinamakan dan dipetik Bloomberg itu dapat dikesan.

    Genting Group juga sudah membuat penafian terhadap laporan tersebut.

    Seorang penyokong PN, Badrul Hisham Shaharin, sudah ditahan polis berhubung isu pada 27 April lalu.

    ALSO READ:  U.S. stocks close mixed after rally on rate cut

    Kumpulan hak asasi manusia, Suaram, hari ini menganggap tidakan kerajaan ke atas pengkritik sebagai langkah keras menyekat kebebasan bersuara dan wajar dihentikan segera.

    Suaram berkata demikian sebagai mengulas pendakwaan ke atas seorang petani di Butterworth, Pulau Pinang, kerana membuat hantaran bersifat menghasut dan mengaitkan Agong dengan kegiatan perjudian.

    Anwar berkata tidak mengapa jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan dan mengkritiknya.

    “Kamu singgung PM, saya boleh jawab, (tapi) kamu singgung raja-raja.

    “Raja-raja itu sebuah institusi negara yang dimuliakan dan ada dalam perlembagaan,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts