Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTok Mat akan wakili PM ke sidang kemuncak OIC di Gambia

    Tok Mat akan wakili PM ke sidang kemuncak OIC di Gambia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.

    Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Jumaat berkata Mohamad dijangka akan menyampaikan Kenyataan Negara semasa Sidang Kemuncak itu, mengetengahkan pendirian dan pandangan Malaysia terhadap pelbagai isu yang menyentuh kepentingan umat Islam, termasuk situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti Muslim dan kerjasama ekonomi.

    Beliau juga akan menyentuh inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan ummah.

    Wisma Putra berkata Penyertaan Menteri Luar di Sidang Kemuncak tersebut melambangkan usaha-usaha berterusan dan komitmen jitu Malaysia dalam memainkan perananan aktif di OIC.

    “Ia juga mempamerkan kesungguhan Malaysia untuk bersama-sama dengan Negara-Negara OIC dalam mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam,” katanya.

    Menurut Wisma Putra, sidang kemuncak ini dijangka dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan serta wakil dari 57 buah Negara-Negara Anggota OIC

    Sidang Kemuncak ini didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Pegawai Kanan OIC dan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC yang masing-masing diadakan pada, 30 April hingga 1 Mei, dan 2 hingga 3 Mei ini, katanya.

    Ia juga akan membincangkan isu-isu dan cabaran dalam bidang politik, sosio-ekonomi dan budaya yang dihadapi oleh umat Islam.

    Para pemimpin OIC dijangka turut bertukar pandangan mengenai isu-isu yang berbangkit dalam membincangkan tema Sidang Kemuncak iaitu “Meningkatkan Perpaduan dan Solidariti melalui Dialog untuk Pembangunan Mampan”.

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts