Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Tok Mat dilantik Menteri luar untuk lemahkannya dalam Umno’

    ‘Tok Mat dilantik Menteri luar untuk lemahkannya dalam Umno’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemimpin Bersatu mendakwa keputusan melantik Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sebagai Menteri luar dalam rombakan kabinet hari ini beryjuan untuk melemahkan kedudukannya dalam parti.

    Menurut ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, jawatan baharu itu memerlukan Mohamad supaya lebih kerap berada di luar negara, sekali gus membolehkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengukuhkan kedudukannya.

    “Maka inilah juga yang Anwar lakukan untuk bantu Zahid Hamidi.

    “Demi menyekat kemaraan Mohamad Hasan, maka Anwar hantar dia ke kementerian luar, iaitu sebuah kementerian yang penting untuk negara tapi tidak strategik.

    “Kementerian luar tidak strategik bagi Tok Mat (Mohamad Hasan) kerana beliau akan terpaksa berada di luar negara untuk tempoh yang lama dan ini membuka ruang untuk Zahid terus mencatur sokongan untuk dirinya sendiri dalam Umno,” kata Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

    Ketika mengumumkan rombakan itu, Anwar berkata Mohamad akan menerajui kementerian luar, menggantikan Zambry Abdul Kadir.

    Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu pula akan mengambil alih Kementerian Pengajian Tinggi daripada Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, yang kini dipindahkan ke kementerian pertahanan.

    Menghuraikan lanjut, katanya, walaupun melakukan khidmat penting untuk negara, kedudukan Mohamad akan dilemahkan kerana tidak banyak agensi yang boleh digunakan sebagai payung kepada akar umbi Umno.

    “Maka nilai Tok Mat dalam parti akan turun.

    “Maksudnya, walaupun melakukan khidmat penting untuk negara, kedudukan Tok Mat dalam Umno sedang dilemahkan oleh Zahid.

    “Anwar bantu mencaturkan untuk melemahkan rival Zahid sebab Zahid mungkin sudah mula rasa insecure juga,” katanya.

    Amir Hamzah Azizan

    Sementara itu, Wan Saiful mendakwa Anwar melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri kedua kerana perdana Menteri tidak mempercayai ahli parlimennya sendiri.

    ALSO READ:  Burkina Faso conscripts magistrates for acting against junta, unions say

    “Anwar sendiri telah sedar dia tidak kompeten sebagai Menteri kewangan. Kesedaran ini membawa kepada pelantikan seorang tokoh korporat sebagai Menteri kewangan kedua.

    “Pelantikan tokoh korporat menunjukkan betapa Anwar tiada keyakinan terhadap ahli-ahli Parlimen sendiri. Dalam sebegitu ramai ahli Dewan Rakyat kerajaan, dan sebegitu ramai pemimpin parti-parti dalam kerajaan yang boleh dilantik jadi senator, nampaknya Anwar berpandangan tiada seorang pun yang kompeten untuk menjadi Menteri kewangan kedua.

    “Maka dia terpaksa mencari orang yang kompeten dari luar Parlimen dan luar parti,” katanya.

    Amir Hamzah awal hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi membolehkannya dilantik sebagai Menteri.

    Johari Abdul Ghani

    Wan Saiful kemudian mempersoalkan sebab di sebalik pelantikan ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai Menteri perladangan dan komoditi, sedangkan dia layak  dilantik sebagai Menteri kewangan kedua.

    “Saya dari awal tahun 2023 lagi dah sebut bahawa Johari adalah tokoh berwibawa. Malangnya Johari hanya jadi Menteri erladangan.

    “Saya rasa Anwar bimbang kalau Johari jadi Menteri kewangan kedua, maka dia akan outshine (lebih menyinar daripada) Anwar sendiri.

    “Orang yang insecure (rasa tidak selamat) macam Anwar memang tak akan lantik sesiapa yang boleh jadi rival (saingan)  ke jawatan besar,” katanya.

    Pelantikan itu menyaksikan kemunculan semula Johari dalam pentadbiran selepas berehat selama lima tahun.

    Dia kali terakhir berkhidmat sebagai Menteri kewangan kedua di bawah pentadbiran BN di bawah bekas perdana Menteri Najib Razak dari Jun 2016 sehingga kejatuhan pemerintahan BN pada Mei 2018.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts