Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go

    Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengguna lebuh raya dikehendaki untuk terus menggunakan kad Touch n Go, SmartTAG atau RFID di plaza tol kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk merekodkan perjalanan mereka, walaupun tol diberikan secara percuma sempena sambutan Deepavali oleh Kerajaan.

    Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar menjelaskan bahawa walaupun penggunaan plaza tol akan tetap dikenakan, tiada bayaran tol akan dipungut daripada pengguna lebuh raya. Pengguna di plaza tol sistem tertutup juga turut menikmati faedah itu apabila melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh dua hari yang ditetapkan.

    “Semasa pemberian tol percuma selama dua hari dilaksanakan, pengguna lebuh raya dapat menikmati faedah itu di 92 plaza tol sepanjang lebuh raya kendalian PLUS dan juga di 10 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

    “Bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau juga menasihati pengguna Touch n Go untuk memeriksa status kad masing-masing, merancang perjalanan dengan teliti, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

    “Ini bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol jika terdapat pengguna menggunakan kad Touch n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.

    “Kepada orang ramai yang ingin bergerak pada hari-hari puncak, terutamanya pada dua hari berkenaan , PLUS menasihatkan supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh PLUS sebelum ini,” katanya.

    Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya pada hari Sabtu dan Ahad sempena sambutan Deepavali.

    ALSO READ:  Isham sahut cabaran debat Zahid, tapi di 'gelanggang neutral'

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts