Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTol percuma pada 8, 9 April sempena Aidilfitri

    Tol percuma pada 8, 9 April sempena Aidilfitri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menyatakan bahawa pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

    Beliau menyatakan bahawa pemberian tol percuma akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April (Isnin) dan akan berakhir pada 11.59 malam, 9 April (Selasa) dengan peruntukan bayaran pampasan berjumlah RM37.6 juta.

    “Keputusan ini adalah hasil daripada mesyuarat jemaah Menteri pada 7 Feb lepas bertujuan untuk meraikan semua rakyat terutama masyarakat beragama Islam yang menyambut Aidilfitri serta sebagai tanda prihatin dan berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia.

    “Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini juga, jumlah kenderaan dijangka meningkat 2.46 juta sehari di semua jaringan lebuh raya,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (arah Selatan) di Seremban, hari ini.

    Alexander Nanta Linggi

    Sementara itu, Nanta juga menggalakkan pengguna lebuh raya Utara Selatan (Plus) untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) dengan memuat turun aplikasi digital MyPLUS-TTA.

    Beliau menyatakan bahawa menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan keluar serta memilih waktu perjalanan yang sesuai.

    Bagi mengurangkan kesesakan semasa Aidilfitri ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya Plus yang telah dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar.

    ALSO READ:  Siapa pun presiden Indonesia, hubungan dengan Malaysia tetap kukuh - Duta

    Bilangan ini termasuk tiga lokasi baru berbanding 15 lokasi yang dilaksanakan Smart Lane semasa perayaan Tahun Baharu Cina Februari lepas.

    Nanta menjelaskan bahawa pemasangan papan tanda peringatan pengaktifan Smart Lane dilakukan setiap 500 meter dan papan tanda amaran 200 meter sebelumnya serta pemasangan lampu indikasi Smart Lane (blinking light) setiap satu kilometer.

    “Paparan Mesej Elektronik (VMS) mudah alih juga akan digunakan untuk memaklumkan pengguna tentang pengaktifan/penamatan operasi Smart Lane…Ia hanya diaktifkan pada waktu puncak untuk meringankan beban pengguna,” tambahnya.

    Nanta turut mengingatkan pengguna motosikal supaya berwaspada ketika menggunakan lorong kecemasan kerana ada kemungkinan mereka tidak sedar lorong tersebut telah diaktifkan sebagai Smart Lane dan terdapat kenderaan lain yang turut menggunakannya.

    Di samping itu, beliau turut mengumumkan bahawa dari 1 hingga 17 April ini, mana-mana lorong di lebuh raya tidak akan ditutup untuk tujuan kerja penyelenggaraan bagi melancarkan aliran lalu lintas dan mengelakkan kesesakan serta memudahkan pengguna lebuh raya.

    “Bagaimanapun, kerja penyelenggaraan yang tidak melibatkan penutupan lorong boleh dilakukan kecuali terdapat keperluan kecemasan atau kemalangan yang memerlukan penutupan lorong…Pada masa yang sama, Plus juga akan menyediakan 11 lokasi yang dilengkapi dengan Pasukan Tindakan Cemas (ERT),” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts