Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTPM cadang gubal RUU elak k'jaan ditumbangkan tanpa PRU

    TPM cadang gubal RUU elak k’jaan ditumbangkan tanpa PRU

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar satu rang undang-undang (RUU) khusus dibentang untuk menghalang sesebuah gabungan ataupun mana-mana parti dominan yang membentuk kerajaan ditumbangkan di pertengahan penggal.

    Tambahan pula, kata Ahmad Zahid, sesebuah kerajaan itu dapat dibentuk hanya selepas ia mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

    “Jika sesebuah kerajaan diwujudkan atas (kemenangan) sesebuah parti itu yang dominan, atau gabungan parti politik itu dominan, dengan mendapat perkenan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir penggal.

    “Jika tidak kita akan mengalami perkara yang terdahulu (peralihan kerajaan di luar pilihan raya) dan ini tidak baik untuk negara dan rakyat,” katanya dalam sidang media pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kuala Lumpur, hari ini.

    Kenyataan itu dibuat ketika polemik mengenai keberadaan kerajaan perpaduan terus menjadi perbincangan khususnya selepas muncul dakwaan PN menggerakkan usaha menjatuhkannya.

    Dakwaan itu menjadi lebih panas apabila ada pihak mendakwa Agong cuba ditawarkan rasuah sehingga RM1 bilion untuk merestui langkah berkenaan.

    Semalam Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengingatkan langkah menukar kerajaan di luar pilihan raya adalah sah mengikut perlembagaan.

    [Laporan penuh menyusul]

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar satu rang undang-undang (RUU) khusus dibentang untuk menghalang sesebuah gabungan ataupun mana-mana parti dominan yang membentuk kerajaan ditumbangkan di pertengahan penggal. Tambahan pula, kata Ahmad Zahid, sesebuah kerajaan itu dapat dibentuk hanya selepas ia mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong. “Jika sesebuah kerajaan diwujudkan atas (kemenangan) sesebuah parti itu yang dominan, atau gabungan parti politik itu dominan, dengan mendapat perkenan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir penggal. “Jika tidak kita akan mengalami perkara yang terdahulu (peralihan kerajaan di luar pilihan raya) dan ini tidak baik untuk negara dan rakyat,” katanya dalam sidang media pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kuala Lumpur, hari ini. Kenyataan itu dibuat ketika polemik mengenai keberadaan kerajaan perpaduan terus menjadi perbincangan khususnya selepas muncul dakwaan PN menggerakkan usaha menjatuhkannya. Dakwaan itu menjadi lebih panas apabila ada pihak mendakwa Agong cuba ditawarkan rasuah sehingga RM1 bilion untuk merestui langkah berkenaan. Semalam Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengingatkan langkah menukar kerajaan di luar pilihan raya adalah sah mengikut perlembagaan. [Laporan penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts