Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTragedi Elmina: Urusan jenazah mangsa nahas dijangka selesai Isnin - IGP

    Tragedi Elmina: Urusan jenazah mangsa nahas dijangka selesai Isnin – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam dijangka selesai seawal Isnin ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kimia, proses pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada cebisan mayat (human remains) yang dilaksanakan di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan. “Kita mengambil human remains ini ada yang tinggal badan, ada yang kepala sahaja, ada yang cebisan mengikut unit forensik. “Ada lebih kurang 200 cebisan jadi ia memakan masa untuk ambil dan memadankan DNA hingga hari Isnin,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HTAR hari ini.

    Justeru, beliau menasihati para waris untuk tidak lagi menunggu di pekarangan Jabatan Forensik itu dan pihaknya akan menghubungi mereka jika segala urusan selesai. “Keluarga tidak perlu tunggu di sini, nanti sakit pula kerana cuaca panas. “Pihak kita dan hospital akan telefon beritahu apabila sudah selesai, jadi boleh datang untuk tengok dan sebagainya atau nak sembahyangkan, insya-Allah kita akan uruskan,” katanya.
    Selain itu, Razarudin berkata polis akan menyediakan khidmat pengiring dari sempadan ke sempadan bagi memudahkan pengurusan jenazah mangsa yang akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

    “Dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, kita telah berbincang tadi mereka akan permudahkan semua urusan daripada mandi, solat dan kereta jenazah pun telah disediakan sebanyak 10 buah, pihak polis akan sediakan pengiring border to border daripada pihak trafik,” katanya.
    Dalam perkembangan lain, Razarudin memaklumkan laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dibuka bermula 3 petang ini selepas pembersihan sisa pesawat di atas jalan raya selesai.
    Nahas pesawat itu mengakibatkan 10 individu maut. Lapan yang meninggal dunia terdiri daripada enam penumpang dan dua juruterbang pesawat ringan itu, manakala dua lagi ialah orang awam, masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berada di kawasan nahas.
    Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat di lapangan terbang pada 2.48 petang.
    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts