Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTragedi heli: Mangsa diberi penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM

    Tragedi heli: Mangsa diberi penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Ipoh, sebaik selesai proses bezah siasat.

    Difahamkan selepas itu, jenazah dan jasad kesemua mangsa akan dibawa ke destinasi pengebumian di Negeri masing-masing seperti dimohon waris.

    Jenazah terdiri daripada Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Komander Muhamad Amir Mohamad.

    Jenazah empat lagi ialah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

    Sementara jasad mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan akan dibawa ke Kampung Serdang Sitiawan manakala Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan ke Serian, Sarawak.

    Setakat ini, proses bezah siasat ke atas kesemua mangsa masih berjalan dan dijangka selesai kira-kira 3 petang ini.

    Semalam kesemua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk proses bezah siasat.

    Dalam kejadian 9.32 pagi semalam 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts