Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTrauma saksi wanita hamil maut sementara tunggu pakar kardiotoraks

    Trauma saksi wanita hamil maut sementara tunggu pakar kardiotoraks

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak mudah untuk seorang pakar anestesiologi dan penjagaan kritikal memadamkan kenangan melihat detik-detik akhir seorang ibu menghembus nafas terakhir di sebuah hospital suatu ketika dulu.

    Puncanya, wanita terbabit tidak mendapat rawatan kerana kekurangan pakar bezah kardiotoraks sehingga dia tidak dapat dibantu pada waktu yang sepatutnya.

    Dr Abdul Jabbar Ismail mendedahkan, kejadian itu berlaku ketika dia berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Sabah. Memori tersebut menyebabkan dia mengalami kecelaruan stres pascatrauma (PTSD).

    Dia menceritakan pengalaman itu semasa menjawab komen di media sosial mengenai polemik kewajaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu program latihan pascasiswazah pembezahan kardiotoraks kepada pelatih bukan bumiputera.

    Langkah itu dicadangkan sebagai penyelesaian kepada isu kekurangan tenaga pakar bidang tersebut di negara ini kesan daripada sesetengah latihan lanjutan luar negara tidak diiktiraf.

    Doktor pakar itu yang kini mengajar di Universiti Malaysia Sabah berkata semasa dia menjawab komen di media sosial itu, tangannya menggigil apabila terkenang detik tersebut.

    Dia juga menegaskan doktor pakar dalam bidang perbidanan dan ginekologi serta onkologi adalah lebih penting untuk kesejahteraan rakyat.

    “Saya telah menyaksikan begitu banyak kematian hanya kerana tiada pakar bezah kardiotoraks,” katanya.

    Bayangkan anak sendiri

    Kes yang paling memberi PTSD, katanya Abdul Jabbar, ialah membabitkan seorang wanita hamil dengan pembezahan aorta menaik dan kegagalan jantung dekompensasi akibat regurgitasi mitral yang teruk.

    Katanya wanita terbabit cukup stabil untuk dibawa dari sebuah hospital daerah ke unit rawatan rapi (ICU) di hospitalnya bagi menunggu seorang pakar bezah kardiotoraks selesai menyelamatkan nyawa seorang pesakit lain.

    “Tetapi malangnya keadaan itu tidak cukup lama sehingga sampai gilirannya dibezah apabila tiba-tiba jantungnya berhenti dan saya terpaksa melakukan CPR selama berjam-jam kerana enggan berputus asa… sebelum akhirnya saya terpaksa mengalah,” katanya.

    ALSO READ:  Dua penguat kuasa maritim cedera ditembak di perairan Sabah

    Menurut Abdul Jabbar selepas insiden pada Okt 2021 itu berlaku, persoalan mengenai bagaimana jika negara ini terus dibelenggu masalah kekurangan pakar bezah kardiotoraks tetap berlegar di fikirannya.

    “Kalaulah ketika itu kami ada seorang saja lagi pakar bezah kardiotoraks…

    “(Tetapi) itu semua sudah berlalu… Semuanya ‘kalau’… dan bayangkan saya terpaksa menyampaikan berita sedih itu kepada suami si mati.

    “Bayangkan (bagaimana kita boleh) mengatakan pakar bezah kardiotoraks tidak penting dan pesakit (yang perlu mendapatkan rawatan itu) adalah isteri, atau suami, atau anak anda sendiri?” katanya.

    Kenyataan itu dibuat Abdul Jabbar sebagai reaksi kepada satu lagi pandangan yang memperkecilkan kepentingan pakar bezah kardiotoraks di negara ini.

    Carian di Pejabat Pendaftaran Pakar Kebangsaan menunjukkan ketika ini terdapat 88 doktor menyenaraikan pembezahan kardiotoraks sebagai kepakaran pertama atau kedua mereka.

    [Baca berita asal]


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts