Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTrend hisap vape meningkat termasuk di kalangan wanita

    Trend hisap vape meningkat termasuk di kalangan wanita

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perkara itu dikesan berdasarkan kajian komprehensif yang dijalankan KKM ketika ini, dan kajian itu turut menyediakan data prevalen antaranya mengenai penggunaan vape.

    “Data prevalen itu memang menunjukkan berlaku peningkatan prevalen tentang penggunaan vape, terutamanya memandangkan vape ini dianggapkan satu produk yang semakin kuat dipromosikan oleh pihak industri.

    “Prevalen kami turut mengesan berlaku peningkatan penggemar vape dalam kalangan wanita. Data pada 2017, prevalen adalah 2.8 (peratus) dan pada 2022, prevalen menunjukkan peningkatan 6.2 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang ingin tahu peranancangan kerajaan menambah baik program advokasi untuk membendung trend merokok dan vape,m serta sama ada KKM telah menjalankan kajian komprehensif mengenai pencetus tabiat merokok atau vape.

    Mengulas mengenai langkah atau promosi dipergiatkan kerajaan dalam membendung aktiviti merokok dan vape, Lukanisman berkata kerajaan bercadang untuk mewujudkan plan packaging bagi dikuatkuasakan sebagai standard penjualan produk rokok dan vape.

    “(Contohnya) spesifikasi vape yang dikeluarkan oleh KKM seperti bentuk yang boleh dijual oleh pihak industri dan juga promosi-promosi (bendung aktiviti merokok dan vape) akan bermula dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melalui promosi kesedaran di peringkat awal pendidikan sehingga kanak-kanak dapat menolak aktiviti merokok dan vape ini,” katanya.

    Sementara itu Lukanisman berkata KKM telah melaksanakan 129 libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membincangkan dasar-dasar penguatkuasaan bersesuaian untuk membendung aktiviti merokok di kawasan terbuka.

    ALSO READ:  Nashville police chief's son, wanted for shooting 2 officers, found dead

    “Itu adalah salah satu langkah dilakukan KKM… selain itu, KKM akan melaksanakan penguatkuasaan sekerap mungkin dengan bekerjasama dengan PBT untuk bantu mengekang masalah merokok di kawasan terbuka,” katanya.

    Beliau menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu mekanisme terbaik pelaporan orang awam terhadap individu yang dilihat merokok di kawasan larangan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts