Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTsunami kecil sampai di pantai lepas gempa bumi landa Jepun

    Tsunami kecil sampai di pantai lepas gempa bumi landa Jepun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Siri gempa bumi kuat telah melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

    Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh JMA untuk daerah Noto, menggesa orang ramai segera berpindah berikutan amaran tsunami untuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara itu.

    Gempa itu mencatatkan intensiti 7 pada skala seismik Jepun dengan gegaran dirasai di beberapa wilayah di negara Asia itu, lapor Xinhua.

    Menurut agensi cuaca, gempa bumi kuat terbaru berlaku pada pukul 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) pada kedalaman yang cetek.

    Sementara itu, Wilayah Ishikawa mencatatkan gelombang tsunami kecil lebih daripada 1.2 meter pada 4.21 petang waktu tempatan.

    Menurut laporan, wilayah Toyama di pantai barat Jepun turut melaporkan gelombang tsunami setinggi 50 sentimeter pada 4.23 petang waktu tempatan.

    Menurut penyiar NHK gelombang air boleh mencapai ketinggian lima meter dan pihak berkuasa menggesa orang ramai melarikan diri ke kawasan tanah tinggi atau puncak bangunan berhampiran secepat mungkin.

    Kyodo News melaporkan East Japan Railway Co. dalam pada itu menggantung operasi semua laluan Tohoku, Joetsu, dan Hokuriku Shinkansen susulan gempa bumi.

    Hokuriku Electric Power Company berkata lebih 36,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.

    Menurut syarikat itu kerajaan Jepun telah menubuhkan pejabat respons kecemasan di pejabat perdana Menteri di Tokyo.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts