Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTuan Ibrahim terkejut PAS tak tawan Selangor pada PRN

    Tuan Ibrahim terkejut PAS tak tawan Selangor pada PRN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kegagalan Perikatan Nasional (PN) menawan Selangor pada pilihan raya Negeri (PRN) Ogos lalu merupakan “kejutan” bagi PAS. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana sasaran awal pihaknya adalah PN akan dapat menawan Selangor sekali gus memerintah Negeri termaju di Malaysia itu. “Kita pun terkejut sebab kenapa kita tak boleh memerintah Selangor. Sasaran awal memang kita (akan) memerintah Selangor, Pahang dan Perak. Sebenarnya dalam strategi kita, kita yakin (mampu tawan tiga Negeri ini),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam, malam tadi.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian mengulas penganjuran muktamar di Shah Alam yang dilihat sebagai fokus utama PN untuk menawan Selangor. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata penganjuran muktamar di Selangor adalah sebagai penghargaan atas pencapaian PN di Selangor pada PRN lalu. “Muktamar pada kali ini kita buat di Selangor kerana penghargaan kita kepada Selangor telah menapai pencapaian cemerlang baru ini yang menyumbang 11 kerusi. Keduanya kebetulan kita sedang bersidang Parlimen dan muktamar kali ini ialah muktamar pengundian parti. “Biasanya, kita buat keputusan pengundian ini diadakan di Negeri yang bebaslah. Biasa, sama ada di Selangor atau pun Wilayah Persekutuan dan saya rasa itu akan menambahkan semangat khususnya kepada ahli-ahli PAS di Selangor. Insya-Allah,” katanya.

    Pada PRN yang berlangsung Ogos lalu PN menguasai 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Manakala, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi 34 kerusi dan kekal mentadbir Selangor.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts