Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTujuh ditahan kes pergaduhan di bazar Ramadan

    Tujuh ditahan kes pergaduhan di bazar Ramadan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menahan empat lelaki dan tiga perempuan berhubung pergaduhan di sebuah bazar Ramadan di Petaling Jaya, Selangor.

    Polis turut merampas sebuah kerusi plastik dan sebatang fork lock (pengunci kenderaan), menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail dalam kenyataan.

    “Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dipohon tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 29 Mac (esok).

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memiliki senjata – senjata maut dalam rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menambah suspek berusia antara 20-an hingga 40-an.

    Menurut Selangor TV, Shahrulnizam berkaa salah faham tercetus antara seorang lelaki yang merupakan peniaga popiah dan seorang perempuan yang menjual air tembikai.

    Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap perempuan itu yang didakwa memasuki tapak perniagaannya.

    Lelaki itu kemudian didakwa menyerang perempuan itu dengan batang besi sehingga tercetus kekecohan.

    Walaupun kedua-duanya berhasrat untuk menamatkan pergaduhan secara aman, anak kepada lelaki itu kemudian didakwa menyerang seorang ahli keluarga perempuan itu.

    Sementara itu, Shahrulnizam berkata berdasarkan rekod lalu, polis mendapati:

    • Seorang suspek ada satu rekod melibatkan kesalahan dadah

    • Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah

    • Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah

    • Seorang lagi suspek ada tiga rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah

    Shahrulnizam juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

    ALSO READ:  North Korea conducts missile launch into sea after US bomber drills

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts