Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTukang urut didakwa lakukan amang seksual pada remaja

    Tukang urut didakwa lakukan amang seksual pada remaja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang tukang urut hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, awal bulan ini.

    Hamid Khan Samoon, 43, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja berusia 16 tahun bagi tujuan seksual di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan, Kuala Lumpur pada jam 8 malam antara 1 hingga 10 Jan lalu.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, timbalan pendakwa raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

    Bagaimanapun, Hamid Khan yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung seorang kakak yang merupakan ibu tunggal.

    Hakim Mohd Kafli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

    Mahkamah menetapkan 21 Feb untuk sebutan kes.

    Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada 1 Jan lalu sebelum seorang daripada mereka – berusia 17 tahun – dijumpai dalam keadaan tidak bermaya di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni pada 11 Jan.

    Remaja itu mendakwa dia bersama adiknya dikurung seorang lelaki tidak dikenali di dalam sebuah motel di Jalan Petaling dan diperlakukan tidak baik sebelum berjaya melarikan diri.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts