Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTulang ditemui di rumah terbiar sah milik Bella

    Tulang ditemui di rumah terbiar sah milik Bella

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di sini pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata perkara tersebut disahkan Jabatan Kimia Johor melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

    “Ujian berkenaan mendapati ia sepadan dengan tulang yang ditemui semasa awal proses siasatan kes pembunuhan Bella.

    “Pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru telah dimaklumkan berkaitan keputusan itu bagi membolehkan waris Bella menuntut tulang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, kakak arwah Bella, Norhisham Samsusah ketika dihubungi menzahirkan kesyukuran kerana tulang arwah adiknya itu dapat disatukan kembali dengan anggota tubuhnya yang lain.

    Menurutnya tulang yang telah dituntut itu selamat dikebumikan di kubur arwah Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya di sini pada 1 tengah hari tadi.

    “Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat untuk menuntut tulang itu semalam (Jumaat). Alhamdulillah akhirnya tulang Bella selamat dikebumikan,” katanya.

    Pada 24 Jan lepas teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa di Mahkamah Majistret di Batu Pahat atas pertuduhan membunuh wanita itu antara 11 malam, 14 Dis hingga 5.30 pagi, 15 Dis lepas di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga hingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di Batu Pahat.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Pada 19 Jan lepas polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.

    ALSO READ:  Gangguan bekalan air P Pinang: Kebanyakan kilang tutup operasi dua hari

    Ibu tunggal dua anak berusia 32 tahun itu dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam, 14 Dis dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran dan gagal dihubungi sejak itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts