Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTun Faisal tuntut dakwa Zahid atau PN 'berdemo' lagi

    Tun Faisal tuntut dakwa Zahid atau PN ‘berdemo’ lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemimpin Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz memberi amaran bahawa PN mungkin akan menganjurkan satu lagi tunjuk perasaan jika tuntutannya, termasuk supaya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi didakwa semula, tidak diendahkan. Tun Faisal antara yang disoal siasat berhubung perhimpunan pada 16 Sept lalu. “Kita ada tiga tunjutan. Pertama dakwa (Zahid). “Kedua kita minta dibebaskan SPRM dan Jabatan Peguam Negara daripada kuasa eksekutif dan yang ketiga kita minta keadilan yang jelas untuk semua pihak. “Jangan ada untuk rakyat satu standard yang lain untuk pemimpin kerajaan satu standard yang lain. “Jadi apa yang kita minta, dakwa semula yang pertamanya Zahid Hamidi. Kalau tidak, kita mungkin akan buat benda yang sama. Kita akan turun (berdemonstrasi) lagi sekali,” tegasnya ketika bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

    Tambahan pula, Tun Faisal berkata terdapat isu lain membabitkan kerajaan gabungan PH-BN seperti kenaikan harga barang, kos sara hidup dan lain-lain. “Banyak isu kerajaan ini yang sepatutnya rakyat ramai-ramai bangkit dan persoalkan. “Cuma yang kali ini kita rasa semua orang percaya bahawa apa yang berlaku pada Zahid Hamidi tidak sepatutnya berlaku. “Kita minta kerajaan segera ambil tindakan kalau tidak, nampak sangat undang-undang kita ini diperlekehkan dan dipermainkan,” katanya.

    Selain disoal polis mengenai perhimpunan tempoh hari, Tun Faisal berkata polis turut menyiasatnya berhubung laporan yang dibuatnya pada hari sama mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan. “Siasatan yang (orang) lain saya tak tahu… “Saya juga diminta keterangan berkaitan dengan perhimpunan ini. Jadi bagi saya ini adalah proses biasa yang dilaksanakan oleh polis. “Walaupun sebenarnya pada pandangan saya siasatan ini tidaklah ada asas yang daripada segi undang-undang, kerana atas perhimpunan aman pertama membenarkan kita sebagai rakyat Malaysia menyuarakan pandangan dan juga perhimpunan,” katanya lagi.

    ALSO READ:  MB T'ganu minta penjelasan PM isu tunggakan royalti minyak

    Sabtu lalu, Tun Faisal berkata laporan polisnya meminta pihak berkuasa menyiasat isu DNAA Zahid. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 25 orang akan disoal siasat berhubung perhimpunan itu, yang didakwa pihak berkuasa tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012. Bagaimanapun, NGO Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa siasatan itu menyalahi undang-undang kerana seksyen tertentu di bawah PAA telah dibatalkan oleh mahkamah pada 2014. Pada 4 Sept lepas, Zahid diberi DNAA selepas pihak pendakwaan menarik balik 47 pertuduhan berkaitan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi Salah satu sebab yang disebut ialah timbalan perdana Menteri boleh menjadi mangsa pendakwaan terpilih.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts