Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTuntutan palsu: Pengetua asrama disyaki subahat dengan pengarah syarikat 

    Tuntutan palsu: Pengetua asrama disyaki subahat dengan pengarah syarikat 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menahan tiga individu, termasuk seorang pengarah urusan, seorang pengurus operasi syarikat, dan pengetua asrama pemulihan akhlak, yang disyaki terlibat dalam tuntutan palsu yang dianggarkan melebihi RM280,000.

    Menurut sumber, dua suspek yang bertugas sebagai pengarah di syarikat yang sama didakwa bersubahat dengan pengetua asrama dalam membuat tuntutan palsu melebihi RM280,000 untuk perkhidmatan pembekalan dan penyediaan makanan di asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor.

    “Ketiga-tiga suspek ini dipercayai telah bersubahat dan melakukan tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022.

    “Suspek-suspek berusia sekitar 30-an hingga 40-an itu, ditahan sekitar jam 5 petang tadi ketika hadir di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan dan kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts