Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTuntutan palsu RM1.18 juta bekas MB Perlis - 20 saksi akan dipanggil

    Tuntutan palsu RM1.18 juta bekas MB Perlis – 20 saksi akan dipanggil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perbicaraan kes bekas Menteri besar Perlis, Azlan Man atas 10 pertuduhan berkaitan tuntutan palsu dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.185 juta ditetapkan selama sembilan hari pada tahun depan.

    Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat memberitahu, pihaknya akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas Adun Bintong itu.

    “Dua puluh saksi akan dipanggil,” katanya kepada hakim Azura Alwi, yang mempengerusikan perbicaraan terhadap Azlan itu.

    Hakim Azura kemudian menetapkan selama sembilan hari pada 18 dan 19 Julai manakala tarikh pada Ogos 2024 ditetapkan pada 1, 2, 19, 20, 21, 22, dan 23 untuk perbicaraan penuh.

    Pada prosiding itu, Noralis turut memberitahu bahawa pihak pendakwaan baru menerima sesalinan representasi hari ini manakala dokumen itu diemelkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam.

    Sehubungan itu, dia memohon masa kerana representasi itu perlu diteliti dan dia perlu berbincang lebih lanjut dengan peguam negara sama ada mahu menerima atau menolaknya.

    Peguam Azlan, Burhanudeen Abdul Wahid mengesahkan bahawa mereka telah menghantar representasi itu melalui e-mel kepada pendakwa raya semalam.

    Peguam itu kemudian memohon maaf kerana lambat menghantar representasi itu kerana pihaknya memerlukan masa untuk meneliti keterangan kes dan dokumen yang diperolehi daripada pihak pendakwaan.

    Noralis kemudiannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan bersetuju 12 Januari ditetapkan untuk sebagai tarikh sebutan kes bagi mengemas kini sama ada AGC menerima atau sebaliknya representasi itu.

    Hakim Azura kemudian menetapkan sebutan kes pada 12 Januari 2024.

    Pada 12 April lalu, Azlan didakwa di sini atas lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta, sembilan tahun lalu.

    ALSO READ:  Anwar: Tahniah Harimau Malaya beri tentangan sengit

    Azlan didakwa menerima wang di antara RM196,651 dan RM224,404.40 melalui empat keping cek dan secara tunai di beberapa buah bank di sini dan di Putrajaya serta di sebuah hotel di antara 2014 dan 2017.

    Pertuduhan pertama, bekas Menteri besar itu didakwa menerima wang RM208,339.90 daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd melalui cek Maybank yang dibayar ke dalam akaunnya.

    Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 19 Februari 2014.

    Pertuduhan kedua, Azlan didakwa menerima RM196,651 daripada syarikat sama melalui cek pada 9 Februari 2015 juga di tempat serupa.

    Tertuduh turut didakwa atas pertuduhan ketiga menerima RM224,404.40 daripada syarikat itu yang dibayar ke dalam akaun CIMB miliknya di bank berkenaan cawangan Putrajaya, Kementerian Kewangan pada 2 Februari 2016.

    Pertuduhan keempat, Azlan didakwa menerima RM222,811.95 daripada Aidil Travel & Tours Sdn. Bhd. yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank cawangan Putrajaya pada 3 April 2017.

    Pertuduhan kelima, Azlan didakwa menerima wang tunai RM207,468 daripada Abdul Rahim Halim mewakili Aidil Travel & Tours yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta yang sama.

    Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa ia dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

    Pada 10 April lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir Perlis.

    ALSO READ:  Bantu petani yang diusir di kawasan kamu, kata PSM pada PM

    Azlan selaku Menteri Besar Perlis didakwa mengemukakan tuntutan palsu membabitkan butiran matan dengan niat bagi mengelirukan kos tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan ke London.

    Menurut pertuduhan, Azlan didakwa menuntut kemudahan cuti seberang laut yang layak diberikan kepadanya bagi tempoh bermula 2013 sehingga 2017 sedangkan tidak ada sebarang perjalanan tersebut oleh beliau.

    Tertuduh berniat memperdayakan prinsipalnya membabitkan sebut harga tiket penerbangan ke London dan invois syarikat pelancongan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd serta Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

    Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, antara 11 Disember 2013 dan 14 Disember 2017.

    Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

    Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts