Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTurkiye gantung semua aktiviti dagang dengan Israel

    Turkiye gantung semua aktiviti dagang dengan Israel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan negara itu dengan Israel hari ini berikutan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza.

    Menurut Kementerian Perdagangan Turkiye langkah itu berikutan sekatan Turkiye ke atas eksport kumpulan produk tententu ke Israel sejak bulan lepas, yang menurut Ankara akan kekal dikuatkuasakan sehingga gencatan senjata di Gaza dicapai.

    Dalam kenyataan, kementerian itu mengimbau kembali sebelum ini yang Ankara mengehadkan eksport 54 kumpulan produk kerana konflik tersebut yang membawa malapetaka kemanusiaan dan kemusnahan fizikal berterusan selain Tel Aviv tidak mempedulikan desakan antarabangsa untuk gencatan senjata.

    ‘’Menerusi pemerhatian, kerajaan Israel terus dengan tingkah laku agresif dan tragedi kemanusian di Palestin semakin teruk,” kata kementerian itu.

    “Justeru, langkah fasa kedua diambil di peringkat negara dimulakan dan transaksi eksport dan import dengan Israel telah digantung untuk semua produk,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Xinhua.

    Menurut kementerian berkenaan, Turkiye akan melaksanakan dengan tegas langkah baru tersebut sehinggalah Tel Aviv membenarkan bantuan kemanusian masuk tanpa gangguan ke Gaza.

    Sementara itu, Kementerian Perdagangan Turkiye sedang menyelaraskan dengan pihak berkuasa Palestin bagi memastikan mangsa peranang yang terpaksa tinggal di bawah pendudukan Israel tidak terkesan dengan sekatan berkenaan.

    Menurut Institut Perangkaan Turkiye, jumlah dagangan di antara kedua-dua negara mencecah AS$6.8 bilion pada 2023, dengan eksport Turkiye merupakan 76 peratus daripada jumlah keseluruhan.

    Bernama/Xinhua


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts