Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTV Pertiwi disingkir dari TikTok kerana 'maklumat salah'

    TV Pertiwi disingkir dari TikTok kerana ‘maklumat salah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Akaun TikTok milik WebTV, TV Pertiwi bukan disekat kerana arahan kerajaan tetapi kerana berulang kali melanggar garis panduan komuniti platform itu. Malaysiakini difahamkan daripada TikTok bahawa akaun TikTok TV Pertiwi diharamkan kerana berulang kali melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok. Pelanggaran ini melibatkan kandungan yang mengandungi maklumat salah yang berbahaya dan boleh menimbulkan kemudaratan.

    Difahamkan penjelasan mengenai punca akaun tersebut disekat telahpun dinyatakan dan pelanggaran seterusnya boleh mengakibatkan pengharaman akaun. Tidak jelas siaran mana yang telah melanggar piawaian komuniti TikTok.

    Kandungan sama pada platform yang berbeza

    Semalam, TV Pertiwi menuntut penjelasan daripada TikTok dan kerajaan berhubung sebab akaun itu disekat oleh platform tersebut. Dalam satu kenyataan, ia mempersoalkan mengapa kandungan sama yang dimuat naik di Youtube dan Facebook tidak melanggar piawaian komuniti. Bagaimanapun, setiap platform mempunyai garis panduan berbeza untuk pengguna.

    TV Pertiwi berkata akaun TikTok tersebut mempunyai 60,000 pengikut dan 600,000 tanda suka. Ia juga telah memulakan akaun TikTok baru semalam, yang pada masa berita ini ditulis, masih boleh diakses.

    Berpusat di Bangi, Selangor, TV Pertiwi dilancarkan pada 2021 dan diterbitkan dalam format teks dan video, dalam Bahasa Malaysia. Pemilikannya tidak dinyatakan dalam laman web tersebut, namun ia dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan NGO, Ikatan Muslimin Malaysia.

    Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa tiada laman web berita akan disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bagaimanapun, Fahmi juga berkata dia tidak tahu keputusan SKMM menyekat UtusanTV, yang merupakan serpihan daripada organisasi berita, Utusan Malaysia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts