Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun

    UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

    Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara itu.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan mengesahkan bahawa rekod hujan yang berlaku di negara itu dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga sembilan malam pada Selasa (16 April) adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermulanya rakaman data iklim.

    Dijangkakan bahawa jam-jam akan datang akan menyaksikan jumlah hujan yang lebih tinggi direkodkan, menurut pusat itu.

    Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini direkodkan di kawasan “Khatm Al Shakla” di Al Ain, mencecah 254mm dalam masa kurang daripada 24 jam.

    Hujan lebat ini adalah peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkatan purata hujan tahunan di negara itu serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruhan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts