Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | 2024 tahun bergelut dengan cukai-cukai baru

    ULASAN | 2024 tahun bergelut dengan cukai-cukai baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mengenai Kenaikan Tarif Air dan Cukai Baru di Malaysia

    Menjelang 1 Februari, rakyat Malaysia akan menyaksikan kenaikan tarif air sebanyak 22sen semeter padu, atau 15 peratus. Sebelum kenaikan harga terbaru tarif air ini, rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan cukai-cukai baru, seperti di bawah:

    Kesemua ini sudah tentu menjejaskan kuasa beli pengguna di semua lapisan masyarakat. Tambahan lagi, proses pelaksanaan LVGT 10 peratus bagi e-dagang juga dibimbangi tidak telus, dan membuka ruang kepada penyalahgunaan, penipuan cukai dan kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

    Perkenalkan semula sistem GST

    Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 dan PRU15 menekankan penurunan harga barangan dan kos sara hidup.  Oleh itu, amat ironik apabila kerajaan hari ini memilih untuk melaksanakan pelbagai cukai baharu untuk menggantikan GST sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan, dan juga tarif air serta elektrik.  Rakyat juga tentu kecewa dengan DAP, kerana wakil rakyat mereka, khususnya mantan Menteri kewangan, Lim Guan Eng dan timbalan Menteri kewangan sedia ada yang juga adiknya, Hui Ying, dilihat tidak membantah dasar-dasar yang membebankan rakyat ini.  Pada tahun 2017, pelaksanaan GST pada kadar enam peratus berjaya meraih RM44 bilion untuk pendapatan negara, berbanding dengan hanya RM31 bilion pada tahun 2022, perbezaan yang sangat ketara iaitu sebanyak RM13 bilion.

    Demi menebus kerugian ini, kerajaan Madani bawah kepimpinan Anwar Ibrahim telah dengan sokongan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli “melemaskan” rakyat dengan cukai-cukai baharu, di samping menarik balik subsidi minyak, elektrik dan air. Persoalannya, bukankah lebih pragmatik untuk melaksanakan semula GST tetapi pada kadar empat peratus, berbanding dengan cukai-cukai baharu yang lebih tinggi?  Tambahan lagi, GST sudah dibuktikan lebih telus, mampu mengurangkan ketirisan dan memiliki skop kutipan yang lebih meluas?  Malah, GST juga menggalakkan perbelanjaan berhemah di kalangan rakyat.

    ALSO READ:  Parts of Bayan Baru hit by flash floods after early morning downpour

    Langkah ini jauh lebih baik berbanding dengan keputusan kerajaan Madani untuk menaikkan kadar SST dari enam kepada lapan peratus, iaitu dua kali ganda cadangan MCA untuk membawa balik GST pada kadar empat peratus.

    CHRIS DANIEL WONG ialah timbalan pengerusi Biro Media Baru MCA Wilayah Persekutuan

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts