Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | 25 tahun menempa jenama PKR

    ULASAN | 25 tahun menempa jenama PKR

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Produk dibuat di kilang tetapi jenama ditempa dalam minda.

    Saya lupa siapa yang punya petikan di atas. 

    Pun begitu setelah suku abad kita harus berbangga mengakui bahawa PKR sudah menjadi tanda nama yang diingati dan tertanam dalam minda pengundi di Malaysia.

    Kita sudah menjadi, bersama rakan-rakan Pakatan Harapan (PH), suatu kekuatan politik yang jitu dan ampuh.

    Tentunya PKR dan PH hari ini tidak begitu-begitu sahaja muncul. 

    Ia tidak lahir dari lampu ajaib Aladdin tetapi melalui pancaroba dan 1,001 hambatan yang bukan kepalang sengit dan dahsyat dan seru.

    Penulis dalam satu ceramah ketika era Reformasi, gambar hiasan

    Sekiranya kita jujur menoleh ke belakang nescaya kita melihat perjalanan suku abad ini bukan jalan lurus yang ditaburi bunga mawar.

    Sejarah adalah guru yang terbaik. 

    Kita belajar dari sejarah, mengambil segala teladan dan sempadan supaya bukan sahaja tidak mengulanginya, bahkan merangka rangka tindakan ke hadapan.

    Tentunya tatkala kita menoleh kebelakang, segala penghargaan sebesarnya sangat wajar diberikan kepada Ibu Reformasi, Dr Wan Azizah Ismail (Kak Wan) yang teguh memimpin memegang kemudi parti dari hari pertama.

    Bukan alang kepalang hambatan dan cabaran yang beliau hadapi.

    Memimpin sebuah parti yang masih terlalu muda, bocah kecil menghadapi parti politik yang bukan sahaja susah mampan, malah Umno bawah Dr Mahathir Mohamad waktu itu tanpa segan silu mempergunakan seluruh aparat negara, menindas dan menekan.

    Ia bukanlah suatu yang hal yang mudah, ditambah pula dengan 1,001 ragam pimpinan, kepelbagaian latar belakang ideologi dan uslub.

    Ditambah lagi dengan pengkhianatan demi pengkhianatan dan tentunya, ketika Anwar Ibrahim mendekam di sebalik jeriji besi, Kak Wan juga bertanggungjawab memimpin keluarga.

    Seingat saya, belum pernah, selama suku abad ini waima ketika Kak Wan memimpin parti, memperlihat wajah letih atau kecewa.

    ALSO READ:  Penambahan 6,000 doktor lantikan tetap untuk tempoh 2024 - 2025

    Tetapi beliau menguntum senyum, menyeru supaya anggota parti tetap kukuh semangat, istiqomah dan berpegang kepada panji dan janji perjuangan. 

    Luar biasa Ibu Reformasi ini.

    Ramalan demi ramalan

    Ada kalangan yang meramalkan parti ini tidak lama, seperti Semangat 46. Ramal mereka, PKR akan berkubur tanpa nesan dan berbondong ‘kembali’ kepada Umno.

    Selepas PRU 2004, Kak Wan menjadi wakil tunggal parti di parlimen.

    Ramai yang meramalkan keputusan sedih itu (setelah menang gemilang di PRU 1999) menjadi permulaan kepada pengakhiran riwayat PKR.

    Malah ada suara sindiran–parti Anwar Ibrahim lagi cepat mati dari Semangat 46.

    Namun kita telah membuktikan sebaliknya. Kak Wan prove her mettle, terus teguh memimpin, resilient dan mempertahankan parti (dan Anwar).

    Saya fikir waktu itu menjadi titik terendah parti, juga menjadi titik pemisah kepada mereka yang setia kepada perjuangan dan mereka yang hilang keyakinan dan keluar parti.

    Dengan slogan Lawan Tetap Lawan bawah pimpinan Kak Wan, parti terus melangkah, walau di awalnya tampak sedikit tempang dek semangat sebahagian yang luntur.

    Namun masih ramai yang kekal teguh dan bersemangat bersama Kak Wan dan parti.

    Siapakah yang boleh menafikan semangat dan sumbangan gigih Kak Wan? 

    Dan tentunya seluruh pimpinan lain di semua peringkat serta anggota-anggota parti yang tetap setia mengobarkan panji dan semangat perjuangan? 

    Mempertahankan ikrar dari roh Deklarasi Permatang Pauh, bersama sederap kaki, berganding tangan – kerja! kerja! kerja! Berjuang! berjuang! – tanpa jemu,tanpa pamrih, tanpa lelah dengan segala kekuatan dan pengorbanan.

    Menoleh kebelakang, bagai rel filem berlari laju, semuanya memberikan kemanisan tersendiri dalam berjuang walaupun kita jujur mengakui penuh intriks dan jalan berliku penuh duri.

    ALSO READ:  MP alih sokongan: Shahrir cadang Muhyiddin jadi ketua pembangkang

    Di mana kita hari ini, dek kerana kekuatan dan keuletan seorang pemimpin, seorang wanita kental, seorang Kak Wan yang tetap teguh memegang kemudi bahtera bernama PKR dan bermula dari Barisan Alternatif ke Pakatan Rakyat ke Pakatan Harapan. 

    Kak Wan dan semua dari kita yang masih teguh berada di sini serta tentunya jutaan rakyat Malaysia yang lain.

    Ini membuktikan bahawa dengan semangat dengan kekitaan dan tentunya kejujuran, keikhlasan, memegang amanah dan janji serta disiplin yang tinggi memungkinkan, dengan izin Allah SWT, menobatkan Anwar sebagai PM.

    Inilah yang meletakkan di mana kita hari ini.

    Tulisan ini sebagai penghargaan peribadi saya dan teman-teman PKR Temerloh khususnya buat Kak Wan bersempena sambutan 25 tahun PKR.

    Dirgahayu PKR.


    AHMAD NIZAM HAMID ialah pengarah strategi PKR dan Pakatan Harapan (PH) Pahang.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts